Selasa, 3 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Warga Indonesia dipenjara 6 bulan

Posted:

Warga Indonesia dipenjara 6 bulan

Warga Indonesia dipenjara 6 bulan

03/04/2012 4:53pm

KUALA LUMPUR — Gara-gara mencuri telefon bimbit bernilai RM800 milik seorang pelajar, seorang warga Indonesia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu ke atas Jony selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mac.

Jony, 32, seorang penganggur, dituduh mencuri telefon bimbit milik Chow Seng Chuen, 19, dalam tren komuter di Stesen Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan, Cheras pada 2.30 petang 25 Mac lepas.

Jony dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor E.Chandra manakala tertuduh tidak diwakil peguam. — BERNAMA

Rakyat Malaysia cenderung pemakanan tidak sihat

Posted:

Rakyat Malaysia cenderung pemakanan tidak sihat

Rakyat Malaysia cenderung pemakanan tidak sihat

03/04/2012 4:37pm

KUALA LUMPUR - Perubahan demografi dan gaya hidup rakyat Malaysia mempengaruhi cara pemakanan mereka ke arah yang tidak sihat, kata seorang pakar pemakanan dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Pengurus Kanan Dietetik dan Perkhidmatan Makanan IJN Mary Easaw John berkata semakin ramai rakyat Malaysia yang bekerja kini memilih makanan berkolestrol tinggi seperti makanan segera dan bergoreng.

"Bukan tidak boleh makan, tetapi kalau boleh kurangkan minyak dan lemak tepu dalam penggunaan pembuatan sesuatu makanan itu. Lebihkan kepada makanan yang memberi protein dan karbohidrat yang rendah," katanya kepada pemberita selepas pertandingan memasak "IJN"S DASH-ing Masterchef Challenge 2012", di sini. — BERNAMA

UPM cipta kit kesan pencemaran air badan ikan

Posted:

UPM cipta kit kesan pencemaran air badan ikan

UPM cipta kit kesan pencemaran air badan ikan

03/04/2012 4:01pm

SERDANG - Pencemaran air akibat dari hidrokarbon aromatik polisiklik (PAHs) kini boleh diukur dengan tepat dan pengawalan pencemaran perairan boleh dijalankan secara berkesan dengan teknologi baru "kit pengesan bahan karsinogenik PAHs dalam ikan".

Menyatakan demikian, Penyelidik Jabatan Akuakultur, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Annie Christianus berkata: "Teknologi sebelum ini memberi jangkaan kehadiran PAHs yang rendah dalam ikan dan dalam persekitaran akuatik.

"Tetapi kit yang kami hasilkan ini boleh menentukan kandungan PAHs dalam hempedu ikan dengan tepat. Ia berupaya mengesan pencemaran air dalam badan ikan". Bercakap kepada pemberita semasa memperkenalkan kit itu di sini hari ini, Dr Christianus berkata analisis terhadap air yang tercemar saja tidak dapat mengesan kehadiran PAHs secara keseluruhan sebaliknya ia ditentukan melalui kandungan PAHs dalam hempedu ikan.

PAHs merupakan bahan pencemar berpotensi mengakibatkan kanser kepada manusia dan ia memasuki badan ikan melalui perairan tercemar.

"Kit ini dapat membantu memastikan sumber makanan dan air yang selamat. Ia juga sangat berguna untuk mengkaji kesan jangka panjang pencemaran dalam persekitaran akuatik terutamanya untuk tujuan pemantauan berterusan," katanya.

Beliau yakin hasil kajian hampir dua tahun itu amat berguna untuk memastikan kawasan penangkapan ikan dan perairan utama di negara ini bebas dari pencemaran dan membantu agensi terbabit mengambil langkah proaktif sekiranya kawasan perairan didapati tercemar. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan