Isnin, 2 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Empat anggota geng samun restoran ditahan

Posted:

Empat anggota geng samun restoran ditahan

Empat anggota geng samun restoran ditahan

02/04/2012 8:39pm

KUALA LUMPUR – Empat daripada lima suspek yang dipercayai menyamun sebuah restoran makanan segera di Pasar Raya Tesco, Kepong pagi semalam ditahan kira-kira 16 jam selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, suspek berumur antara 18 dengan 20 tahun ditahan kira-kira 11 hingga 12 malam tadi hasil maklumat orang ramai.

Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru, Sungai Buloh.

Seorang lagi suspek tiada di rumah itu ketika serbuan dilakukan.

Dalam kejadian samun 7 pagi itu, suspek melarikan wang tunai RM2,300 ketika kakitangan restoran itu sedang membuat persediaan membuka perniagaan pada hari tersebut.

"Kita masih mengesan seorang lagi suspek. Identitinya kita sudah kenal pasti. Kesemua suspek merupakan lelaki tempatan dan juga bekas pekerja restoran makanan segera itu," kata Zakaria dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Zakaria berkata, dengan tertangkapnya empat suspek tersebut, polis percaya berjaya menyelesaikan tiga lagi kes samun premis restoran segera di sekitar Petaling Jaya, Kepong dan Sungai Buloh. – BERNAMA

Seorang lagi rakyat malaysia disahkan maut

Posted:

Seorang lagi rakyat malaysia disahkan maut

Seorang lagi rakyat malaysia disahkan maut

02/04/2012 8:36pm

HATYAI – Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa yang maut dalam kes pengeboman di sini menjadikan dua rakyat Malaysia maut dalam kejadian Sabtu lepas.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, mangsa kedua maut dikenali sebagai Tan Peng Chan, 39, dari Kuala Kedah, yang sebelum ini merupakan mangsa gagal dikenal pasti mayatnya.

"Walaupun ujian DNA yang dijalankan untuk mengesahkan sama ada mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu adalah mayat Peng Chan hanya akan dikeluarkan petang esok atau Rabu, keluarga mangsa telah mengesahkan mayat itu adalah Peng Chan.

"Ini adalah berdasarkan kepada cincin dan tatu pada mayat itu," katanya kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa yang sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat kejadian pengeboman di sebuah hotel itu, dipercayai akibat letupan bom kereta, adalah Low Thian Hock, 46, yang berasal dari Kulim, Kedah.

Seramai lima lagi rakyat Malaysia masih menerima rawatan di dua hospital.

Di Hospital Songkhla Nagarind, mangsa berkenaan adalah Lew Kim Lai, 39, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU); Lim Hock Bee, 37; Wong Sze Ee, 32; dan Fook Hock Chuan, 33, manakala seorang lagi Choo Kok Boon, 46, menerima rawatan di Hospital Rajyindee. – BERNAMA

Tunku Mahkota Johor tanding Presiden KOM

Posted:

Tunku Mahkota Johor tanding Presiden KOM

Tunku Mahkota Johor tanding Presiden KOM

02/04/2012 7:35pm

JOHOR BAHARU — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bersetuju bertanding jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia pada mesyuarat agungnya yang dijadual hujung bulan ini, selepas 12 daripada 15 persatuan negeri dilaporkan menyokong baginda.

Presiden Persatuan Olahraga Johor, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor berkata, Tunku Ismail bersetuju dengan pencalonannya ke jawatan tertinggi KOM itu selepas ia diperkenankan oleh Sultan Johor.

"Pada 18 Mac lepas, wakil-wakil daripada 10 persatuan olahraga negeri telah menghadap Tunku Mahkota Johor berkenaan isu pencalonan baginda. Dua persatuan olahraga negeri yang tidak hadir pada pertemuan itu turut menyokong usaha itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kesediaan Tunku Mahkota Johor menerima pencalonannya itu merupakan suatu penghormatan kepada KOM yang kini diterajui bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mohd. Rashidi berkata, sebagai seorang yang memiliki latar belakang ketenteraan dan ahli sukan, Tunku Ismail memiliki disiplin yang tinggi dan boleh menjadi contoh kepada anak muda negara ini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan