Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kesal kerenah kerajaan negeri

Posted:

Kesal kerenah kerajaan negeri

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN


Penduduk taman perumahan di kawasan DUN Kota Alam Shah mengadakan perhimpunan aman mendesak kerajaan negeri bertindak segera mengatasi masaalah banjir yang sering berlaku di kawasan perumahan mereka, di Klang semalam.


KLANG 8 April - Bosan dengan kerenah kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sering menyalahkan pihak lain dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejadian banjir yang berlaku di kawasan mereka minggu lalu membuatkan kira-kira 100 penduduk dari beberapa taman perumahan di sini berhimpun secara aman untuk menunjukkan rasa kecewa mereka.

Mereka mendesak supaya Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berhenti daripada menuduh antara satu sama lain, sebaliknya kedua-dua agensi berkenaan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bumbung Pangsapuri Teratai masih bocor

Posted:

Bumbung Pangsapuri Teratai masih bocor

SHAH ALAM 8 April - Penduduk Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang di sini kesal dengan sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang disifatkan tidak serius dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan bumbung kediaman mereka.

Mereka yang tinggal di Blok 1 dan 2 pangsapuri berkenaan menyatakan meskipun kerja-kerja pembaikan bumbung rosak akibat dilanda ribut pada Februari lalu dilakukan, namun kebanyakan rumah di tingkat lima dimasuki air setiap kali hujan lebat ekoran siling bocor sehingga merosakkan sistem pendawaian elektrik.

Penasihat Penduduk Blok 1 dan 2 pangsapuri itu, Ahmad Kurdubi Masduki berkata, pihaknya menyifatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak kira-kira RM480,000 untuk membaiki bumbung pangsapuri lima tingkat berkenaan adalah tidak setimpal dengan kualiti kerja yang dilakukan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Khalid Ibrahim janji siasat aduan penghuni

Posted:

Khalid Ibrahim janji siasat aduan penghuni

KLANG 8 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku tidak tahu-menahu mengenai masalah yang dihadapi penduduk Pangsapuri Teratai di Taman Bukit Subang di sini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan menyiasat setiap dakwaan penduduk pangsapuri terbabit.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu, tetapi jika benar seperti yang didakwa penduduk itu, kontraktor yang terlibat perlu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penduduk bahawa kerja-kerja pembaikan bumbung perumahan itu tidak dibuat dengan sempurna sehingga menyebabkan air sering memasuki rumah di tingkat lima apabila hujan lebat.

"Kebiasaannya, kontraktor perlu bertanggungjawab dalam tempoh tertentu terhadap setiap kerja yang mereka lakukan," katanya lagi kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir di Dewan Pejabat Daerah Klang, di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan