Rabu, 4 April 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Jangan tangguh lagi’

Posted: 03 Apr 2012 01:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Jangan bertangguh lagi, kami sudah penat menunggu. Kalau semua berpindah, projek pembangunan boleh dijalankan dan kami semua dapat menduduki rumah baru dengan cepat," kata Ahmad Rahman, Pengerusi Rumah Pangsa Kampung Kerinchi.

Luahan itu disuarakan mewakili 433 pemilik rumah pangsa berkenaan yang kecewa dengan keengganan 34 penghuni lain keluar dari rumah mereka biarpun notis mengenainya dikeluarkan pihak berkuasa selepas tertangguh sejak hampir dua tahun lalu.


Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju menyediakan pampasan kepada pemilik rumah yang dibangunkan pada 1970 itu selain mereka ditawarkan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara menanti projek siap.

"Kami tidak tahu apa lagi yang mereka mahu kerana semuanya disediakan. Sudah beberapa kali projek di sini tidak dapat dibangunkan kerana masalah ini dan kali ini, kami harap mereka bekerjasama.


"Pemaju juga komited menanggung kos perpindahan ke rumah transit sebanyak RM5,000 selain memasuki pangsapuri baru sebanyak RM8,000, ia satu tawaran yang berbaloi, jadi apa nak ditunggu lagi," katanya selepas mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam.


Ahmad berkata, bukan itu saja, pemaju turut menyatakan kesediaan mereka membeli semula unit kediaman yang enggan diduduki dengan harga RM143,000 dan membayar deposit untuk bekalan elektrik dan air sepanjang mereka tinggal di rumah transit PPR. Menurutnya, keengganan baki pemilik untuk berpindah dari kawasan itu menyebabkan penduduk yang bersetuju dengan rancangan pembangunan yang dibawa kerajaan terpaksa menunggu lebih lama, malah ada antara mereka sudah meninggal dunia tanpa sempat menduduki rumah baru.

"Ini yang kami kesalkan. Justeru, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk memindahkan mereka kerana notis sudah dikeluarkan, malah mahkamah juga menetapkan kadar pampasan yang layak diterima," katanya.




Hadiah hingga tempat ke-40

Posted: 03 Apr 2012 01:22 PM PDT

PUTRAJAYA: Hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 menanti pemenang pertama sehingga tempat ke-40 dalam acara Putrajaya Treasure Hunt (PTH 2012) dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat berkata, juara pertandingan itu bakal menerima RM5,000, namun dengan konsep baru yang diperkenalkan semua pasukan berpeluang menjadi juara bersama hadiah lumayan.

"Tarikh tutup penyertaan esok dan borang penyertaan boleh diperoleh menerusi laman web ppj.gov.my atau menghubungi Kheirul Nazib Mahmud di talian 016-2046086," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan