Sabtu, 7 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Danok pula sasaran pengganas - Polis

Posted:

Danok pula sasaran pengganas - Polis

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 6 April - Selepas Hatyai, pekan Danok di Thailand yang terletak bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam, dekat Changlun berkemungkinan besar menjadi sasaran serangan pengganas seterusnya.

Sumber Polis Thailand memberitahu, pekan tersebut dikatakan mempunyai risiko tinggi diserang memandangkan ia menjadi lokasi tumpuan di kalangan pelancong negara ini untuk berhibur dan membeli-belah.

"Berdasarkan maklumat dan risikan, kumpulan pengganas kini berusaha menarik perhatian antarabangsa dengan menjadikan kawasan ekonomi dan pelancong luar sebagai sasaran.

"Ini dapat diperhatikan berdasarkan modus operandi kejadian bom di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai minggu lalu yang turut melibatkan mangsa rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Golongan agama mesti komited

Posted:

Golongan agama mesti komited

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak menyampaikan replika cek kepada Che Mat Che Ali sambil diperhatikan oleh Jamil Khir Baharom (dua kiri), Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tiga kanan), Dr. Mashitah Ibrahim (kiri) dan Othman Mustapha (kanan) pada Perhimpunan Perdana Warga Agama/Qaryah Wilayah Persekutuan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan agama komited dalam agenda transformasi dan membantu kerajaan mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama di dunia yang mencapai status negara maju.

Perdana Menteri berkata, beliau amat menaruh harapan agar semangat kuat yang ada dalam diri para golongan agama dapat membantu kerajaan merealisasikan hasrat tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Muhyiddin: Fokus mesyuarat untuk hadapi PRU-13

Posted:

Muhyiddin: Fokus mesyuarat untuk hadapi PRU-13

PAGOH 6 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua mesyuarat cawangan UMNO termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri agar memberi tumpuan kepada usaha, strategi serta persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden UMNO berkata, fokus mesyuarat harus diberikan kepada perbincangan dan perbahasan mengenai cara untuk meraih kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lalu.

"Saya mohon setiap cawangan termasuk sayap parti seperti Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO memberi tumpuan tidak ada yang lain kecuali persiapan lengkap menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kalau ada perbincangan, tumpukan pada satu sahaja iaitu macam mana cawangan nak menang, macam mana hendak tentukan kejayaan peti undi dan bagaimana hendak dapat kemenangan lebih baik daripada pilihan raya 2008," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan