Isnin, 2 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Safee Sali bercerai

Posted: 02 Apr 2012 03:23 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Bintang bola sepak negara, Safee Sali, bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof, di sini hari ini.

Thailand sumbang RM45,900 kepada keluarga rakyat Malaysia terkorban

Posted: 02 Apr 2012 02:58 AM PDT

Mutakhir

HATYAI: Kerajaan Thailand memberikan sumbangan 459,000 Baht (RM45,900) kepada ahli keluarga warga Malaysia yang terbunuh dalam letupan bom di Hotel Plaza Lee Garden di sini, Sabtu lalu.
Pegawai Projek Khas Perdana Menteri, Datuk Lat Shariman, berkata jumlah keseluruhan yang disediakan Pejabat Gabenor Songkhla adalah 150,000 Baht manakala bakinya disediakan Kementerian Pelancongan Thailand.
Beliau berkata demikian selepas melawat empat warga Malaysia yang cedera dalam pengeboman itu dan kini ditempatkan di wad Hospital Songkhla Nagarind, Hatyai. Pengeboman yang dipercayai didalangi kumpulan pemberontak meragut nyawa dua rakyat Malaysia. Seorang daripadanya adalah Low Thian Hock dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mangsa kedua yang terbunuh adalah Tan Peng Chan, 39, di mana mayat yang sukar dikenal pasti disahkan bapanya, Pee Hong, 63, pemilik kedai kopi di Kuala kedah, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan