Isnin, 9 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Baki penghuni pindah ke PPR

Posted:

Baki penghuni pindah ke PPR

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Kerja-kerja merobohkan blok yang telah tidak berpenghuni mula dilakukan oleh pemaju. - utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 9 April - Setelah hampir dua tahun enggan berganjak dari rumah mereka yang terlibat dalam projek pembangunan semula, akhirnya baki 35 penduduk di rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi mula berpindah mulai Jumaat lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke rumah pangsa tersebut mendapati, penduduk sedang berkemas dan mengangkat barangan dari rumah mereka untuk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di Puchong dan PPR Cempaka, Pantai Dalam.

Penduduk, Hashim Selim, 67, berkata, dia gembira dengan rumah baru dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah membantu dalam proses perpindahan tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penduduk diberi keutamaan beli unit rumah

Posted:

Penduduk diberi keutamaan beli unit rumah


RAJa Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan tikar getah yang disumbangkan oleh Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai kepada salah seorang penduduk flat empat tingkat Kampung Kerinchi sewaktu meninjau kerja-kerja perpindahan mereka ke PPR baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 9 April - Baki 35 penduduk rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi yang sudah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) berpeluang membeli unit yang disewa seperti mana penyewa lain.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerajaan akan mengkaji permintaan penduduk tersebut yang berhasrat untuk membeli unit rumah itu.

Katanya, pihaknya sememangnya mahu menjual unit PPR itu tetapi mereka yang berniat berbuat demikian harus masuk dan menyewa dahulu sama seperti penyewa-penyewa yang lain.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bukti kejayaan MAIWP

Posted:

Bukti kejayaan MAIWP

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
kota@utusan.com.my


Jamil Khir Baharom (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Rosli Zakaria pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Pelajar-pelajar IPB 2012 di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 9 April - Kejayaan lebih 90 peratus siswazah Institut Profesional Baitulmal (IPB) diterima dalam pasaran kerja membuktikan kemampuan institusi itu untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ada di antara siswazah IPB telah berjaya menjawat jawatan tinggi dengan pendapatan bulanan mencecah lima angka dan ia merupakan pencapaian institusi itu yang membanggakan.

"Sejak tahun 2006 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah pun membelanjakan RM51 juta bagi membiayai pengajian lebih 7,500 pelajar di IPB.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan