Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


PSMZA rangsang ciptaan kreatif

Posted:

PSMZA rangsang ciptaan kreatif

PSMZA rangsang ciptaan kreatif

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menunjukkan sijil serta alat 'Pemanjat Pokok Kelapa' selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Industri Terbaik pada Pertandingan Inovasi anjuran PSMZA, Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 19 April – Pelbagai ciptaan kreatif berjaya dihasilkan oleh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam pertandingan inovasi yang dianjurkan politeknik itu baru-baru ini.

Ia termasuk rekaan alat pemanjat kelapa daripada dua batang besi serta kabel getah hasil ilham empat penuntut tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang menarik perhatian juri.

Alat yang dipakaikan pada tangan dan kaki pemanjat pokok kelapa itu berjaya meyakinkan para juri bahawa ia ciptaan yang selamat dan mempercepatkan proses memetik kelapa yang kini amat jarang dilakukan oleh manusia.

Penggunaan alat itu juga sesuai untuk proses penghasilan nira kelapa yang diketahui umum tidak boleh dilakukan oleh haiwan belaan seperti beruk.

Alat itu bersama ciptaan mesin penerai benang menjadi pilihan para juri untuk dinobatkan sebagai Anugerah Industri Terbaik.

Timbalan Pengarah PSMZA, Saifullah Musa berkata, program itu berjaya memaparkan hubungan sains dan manusia yang sebelum ini dilihat rumit tetapi hakikatnya mudah difahami jika dipersembahkan dengan betul.

"Melalui pertandingan itu, warga kampus berpeluang memperoleh kepelbagaian sumber yang boleh dimanfaatkan kerana apa yang dihasilkan mampu mengurangkan kos dan menjimatkan masa," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pertandingan itu, 25 kumpulan melibatkan empat jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat mengambil bahagian.

Enam penyertaan dipilih untuk menerima Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan iaitu 'Special Tool Valve Seal Pneumatic Device', 'Rain Sensor Car Window System' dan 'Safety Helmet'.

Turut menerima anugerah sama yang disampaikan oleh Saifullah ialah 'Tyre Pressure and Co-Sensor', 'RFID Student Attendance System' dan 'Smart Trolley Projector'.

Dalam program itu, wakil Sirim Berhad, Institut Teknologi Petroleum Petronas, YTL Power Services Sdn. Bhd. dan Akademi Binaan Negara dijemput untuk membuat penilaian dan penghakiman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun

Posted:

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun


Sebahagian kakitangan Jabatan Canselori UMK yang menyertai program 'Car Wash' untuk mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun di kampus universiti itu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 19 April - Penderitaan rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami terus mendapat simpati pelbagai pihak di negeri ini, termasuk warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Dalam usaha menzahirkan keprihatinan mereka, Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Canselori UMK, menganjurkan Program Cuci Kereta atau 'Car Wash' bagi mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa gempa peringkat kampus.

Seramai 30 anggota kelab menjayakan program itu bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

Timbalan Pengerusi Kelab itu, Liau Pei Wen berkata, ahli terbabit mencuci kenderaan termasuk motosikal dan van dengan bayaran antara RM3 dan RM11 bermula pukul 10.30 pagi hingga 5.30 petang.

Beliau berkata, program tersebut mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada kakitangan dan pelajar UMK, tetapi juga masyarakat sekitar kampus.

"Usaha itu dibuat tanda keprihatinan kami dengan penderitaan yang dialami rakyat Jepun di samping menimbulkan kesedaran kalangan warga universiti sendiri bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pei Wen berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM1,000 sepanjang program sehari itu, termasuk melalui jualan minuman di gerai yang disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMK, Mara lahir graduan 'sains keusahawanan'

Posted:

UMK, Mara lahir graduan 'sains keusahawanan'

UMK, Mara lahir graduan 'sains keusahawanan'


Zainai Mohamed (dua kiri) bersama Ibrahim Ahmad bertukar dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Pelancaran PPKS antara UMK dan Mara di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 19 April - Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS) yang merupakan kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal menjadi program pengajian prauniversiti terbaru yang akan melahirkan graduan sains dengan latar belakang kukuh dalam bidang keusahawanan.

Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad berkata, seramai 200 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menjadi kumpulan pertama mengikuti program itu selama setahun di Kolej Mara Kulim, Kedah bermula 22 Mei ini sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UMK.

Katanya, pelaksanaan program itu penting selaras dengan pelan transformasi Mara yang memberi fokus kepada bidang keusahawanan kalangan bumiputera dan peluang pendidikan bertaraf global.

"Kami percaya seorang usahawan boleh dilatih dan program ini adalah sebahagian proses untuk membentuk mereka sejak dari peringkat awal lagi," katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian dan pelancaran PPKS di kampus universiti itu di sini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed; Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Tinggi Mara, Abd. Rahim Hashim dan Pengerusi PPKS merangkap Dekan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Profesor Dr. Ibrahim Che Omar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan