Isnin, 11 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Penyeludupan kembali aktif

Posted:

Penyeludupan kembali aktif

Penyeludupan kembali aktif

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Seorang peniaga dipercayai membeli barang daripada seorang penyeludup di Rantau Panjang, Kelantan untuk dijual di pekan Golok, semalam.


RANTAU PANJANG 10 April – Aktiviti penyeludupan barangan kawalan termasuk minyak masak dan gula di kawasan sempadan kembali aktif dipercayai berikutan kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, penyeludup aktif membawa keluar pelbagai barangan keperluan harian, kebanyakannya barangan bersubdisi tanpa takut ditahan oleh pihak berkuasa.

Malah, tinjauan ke Pekan Sungai Golok turut mendapati, berkotak-kotak barangan keperluan harian terutama minyak masak yang diseludup dari Malaysia dijual dan ditempatkan di stesen kereta api untuk dipasarkan ke daerah lain.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Abdullah memberitahu, sebelum ini pengguna di pekan itu sukar mendapat bekalan minyak masak dari Malaysia disebabkan kawalan ketat di sempadan termasuk di sepanjang Sungai Golok.

Bagaimanapun, dakwanya, kemasukan barangan tersebut kembali aktif sejak tiga bulan lalu selepas pihak berkuasa Malaysia dilihat tidak lagi memperketatkan kawalan serta operasi di pangkalan-pangkalan haram sepanjang sungai berkenaan.

"Sekarang ini bekalan barang seperti minyak masak, gula, dan barangan ringan yang lainya kembali seperti sedia kala apabila dapat dibawa masuk dengan senang ke sini," dakwanya ketika ditemui di sebuah kedai makan di pekan Sungai Golok, dekat sini hari ini.

Abdullah mendakwa, permintaan terhadap minyak masak dari Malaysia sangat tinggi kerana ia dijual RM3.50 bagi pek satu kilogram, berbanding RM2.50 bagi sebotol 500 mililiter minyak masak Thailand.

Seorang lagi peniaga, Azahar Ibrahim, 34, mendakwa, aktiviti membawa masuk atau menyeludup barangan dari Malaysia semakin aktif sejak empat bulan lalu, sehingga ada yang sanggup mengambil upah sebagai peraih.

"Mereka memunggah sedikit demi sedikit menggunakan motosikal dan diletakkan di lokasi tertentu. Bila banyak, baru dihantar ke stesen kereta api untuk dijual di daerah lain.

"Ada juga yang menyimpannya dalam stor di belakang kedai makan berhampiran pekan sebelum dihantar ke tempat lain," dakwanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LPT fasa 2 dijangka dibuka akhir tahun

Posted:

LPT fasa 2 dijangka dibuka akhir tahun

LPT fasa 2 dijangka dibuka akhir tahun

KUALA TERENGGANU 10 April - Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa 2 dari persimpangan Gemuroh, Tepoh di sini ke persimpangan Bukit Besi, Dungun dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja-kerja terakhir membabitkan projek itu yang berdepan dengan masalah kelewatan sebelum ini kini hampir 92 peratus siap.

Menurutnya,LPT 2 secara keseluruhan yang membabitkan kos RM3.69 billion dari Gemuroh ke persimpangan Ceneh, Kemaman sejauh 184 kilometer itu kini 73 peratus siap.

Menurut beliau, apabila siap sepenuhnya kelak, perjalanan ke Kuantan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam, manakala ke Kuala Lumpur kira-kira empat jam setengah.

"Pembinaan ini bukan saja menjimatkan masa dan memberikan lebih keselesaan kepada pengguna, malah mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai kemudahan disediakan termasuk 10 persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat (R&R), dua hentian rehat dan tiga stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau menyatakan demikian kepada kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke LPT fasa 2, petang kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim; Datuk Bandar MBKT, Datuk Adzlan Dagang dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail serta Pengarah Pembinaan LPT, Ir. Adnan Ibrahim.

Menurut Ahmad, projek yang terbahagi kepada dua pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengalami kelewatan kira-kira setahun dan berharap ia dapat dipercepatkan.

Katanya, banyak faktor yang menjejaskan pencapaian projek itu termasuk mendapan tanah, di samping kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik.

Sementara itu, Ir. Adnan berkata, kajian terhadap kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk keseluruhan projek itu dibuat dua kali seminggu bagi mengesan dan mengelak pemendapan tanah terus berulang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KADA kenal pasti faktor hasil padi kurang 10 tan metrik sehektar

Posted:

KADA kenal pasti faktor hasil padi kurang 10 tan metrik sehektar

KADA kenal pasti faktor hasil padi kurang 10 tan metrik sehektar

KOTA BHARU 10 April - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah mengenal pasti masalah sistem pengairan ke sawah dan tanah kurang subur merupakan antara faktor yang menjejaskan perolehan hasil pengeluaran tanaman padi sebanyak 10 metrik tan sehektar.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun proses penanaman padi dilakukan mengikut jadual, pengairan ditetapkan, bekalan air dari Sungai Kelantan yang tidak mencukupi telah memberi kesan kepada pengeluaran hasil tanaman petani KADA.

"Buat masa sekarang, pengeluaran hasil padi di kebanyakan kawasan KADA sekitar enam hingga lapan metrik tan sehektar, bagaimanapun ada sesetengah kawasan sudah mencapai 10 metrik tan sehektar.

"Bekalan air ke bendang bergantung kepada sumber air dari sungai yang dipam menerusi pam utama di Kampung Kemubu, Kota Bharu serta Lemal dan Kasar, di Pasir Mas.

"Sekiranya keadaan paras air sungai terlalu rendah dan tidak sampai kepada pam utama berkenaan, KADA terpaksa menggunakan kaedah tambakan termasuk menggunakan pasir seperti di Lemal, Pasir Mas bagi meningkatkan paras air untuk disalirkan ke bendang, terutama ketika musim kemarau," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menghadiri program turun padang bagi meninjau projek padi kelompok Bendang Kampung Jakang, Kadok, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat dan Pengarah Bahagian Industri Bukan Padi KADA, Zahari Abdul Rahman.

Annuar berkata, pihaknya menyedari masalah petani di kawasan KADA dan berusaha mencari pelbagai kaedah termasuk menyediakan jadual penanaman padi dan pengaliran air ke sawah bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

Tambah beliau, penyediaan pam kecil di peringkat sawah turut digalakkan bagi membolehkan petani mendapat bekalan air secukupnya untuk keperluan tanaman padi yang diusahakan.

"KADA juga menggalakkan penanaman padi secara mini estet dengan membabitkan ramai petani dan bukan dilaksanakan secara individu.

"Penanaman secara individu akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat kerana kaedah mini estet mini lebih menyeluruh dan mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi di kawasan KADA," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan