Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Peniaga jangan menipu

Posted:

Peniaga jangan menipu

Peniaga jangan menipu

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 8 April – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan memberi amaran kepada peniaga agar tidak mencari jalan pintas untuk mengaut keuntungan sehingga sanggup mencuri dan menipu pelanggan.

Pengarahnya, Fauzi Haron (gambar) berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk merampas dan menyita segala harta benda syarikat-syarikat terbabit sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan dalam perniagaan.

Jelasnya, tindakan pihaknya menyita sebuah kilang membuat silinder gas memasak semalam harus dijadikan tauladan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan.

"Peniaga mahu jalan pintas cepat dapat untung dan inilah yang mereka sanggup lakukan, jadi saya harap ketegasan kami menjadi pengajaran kepada orang lain.

"Syarikat itu sudah disita dan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi atas kesalahan yang dilakukan," katanya selepas majlis penerangan isu-isu kenaikan harga dan Akta Perlindungan Pengguna di sini hari ini.

Dalam serbuan di Pantai Senok, Bachok semalam, kilang terbabit disita selepas dipercayai mencuri lebih 4,000 silinder gas pelbagai jenama sebelum diubahsuai dan diedarkan semula menggunakan jenama lain.

Turut disita ialah mesin penyembur dan pemotong, 85 kilogram cat serta 500 pemegang silinder yang kesemua rampasan tersebut bernilai RM2 juta.

Siasatan awal mendapati kilang terbabit telah melakukan aktiviti itu sejak tiga bulan lalu dan sekurang-kurangnya lima syarikat pengeluar gas memasak mengalami kerugian RM1.2 juta sebulan.

Fauzi berkata, pegawai-pegawainya akan sentiasa melakukan risikan setiap kali mendapat aduan daripada pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KRP baik pulih rumah dihempap pokok kelapa

Posted:

KRP baik pulih rumah dihempap pokok kelapa

KRP baik pulih rumah dihempap pokok kelapa


Ahli KRP bergotong-royong membaik pulih bahagian dapur, dinding dan atap rumah Ayob Hamat yang rosak teruk dihempap pokok kelapa di Kampung Sabak, semalam.


KOTA BHARU 8 April - Kelab Rakan Pendengar Pantai Timur (KRP) mengambil inisiatif membaik pulih rumah salah seorang ahli mereka, Ayob Hamat, 48, di Kampung Sabak di sini yang rosak teruk dihempap pokok kelapa Selasa lalu.

Program gotong-royong tersebut diketuai oleh Pengerusi KRP, Mohd. Rozi Ab. Rahim dan turut disertai penduduk kampung tersebut termasuk Penghulu Mukim Sabak, Azammanan Ahmad.

Mohd. Rozi berkata, peralatan untuk membaik pulih rumah seperti zink, kayu dan simen disumbangkan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka manakala pihaknya melaksanakan kerja-kerja membaik pulih.

"Ini merupakan sumbangan kami untuk membantu ahli-ahli yang dalam kesusahan, tanggungjawab sosial ini akan diteruskan setiap masa.

"Kami turun beramai-ramai bergotong-royong membantu membaik pulih bahagian dapur, dinding dan atap rumahnya yang rosak. Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara kami," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Sabak di sini hari ini.

Sementara itu Ayob sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu membaiki rumahnya yang rosak.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM5,000 disebabkan kemusnahan struktur di bahagian dapur rumahnya biarpun tiada sebarangan kecederaan berlaku.

"Semasa kejadian hanya ibu mertua saya berada di rumah, saya bersama isteri dan anak tiada di rumah. Sumbangan ini amat besar ertinya kerana kami bukannya keluarga berada.

"Kami amat bersyukur kerana semua datang membantu untuk menyiapkan dapur rumah saya yang rosak teruk termasuk pejabat DUN Chempaka yang memberikan bantuan kewangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100 ekor tupai ditembak

Posted:

100 ekor tupai ditembak

100 ekor tupai ditembak


PENDUDUK bersama ahli Rela dan polis berjaya menembak 100 ekor tupai di Kampung Atas Beting, Chetok, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 8 April - Lebih 100 ekor tupai ditembak sempena program kemasyarakatan setempat di Kampung Atas Beting, Chetok di sini semalam.

Program itu dilaksanakan secara gotong-royong bersama ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan polis dalam mengurangkan jumlah haiwan berkenaan terutamanya dalam menghadapi musim buah tidak lama lagi.

Ia merupakan sebahagian program yang disenaraikan sempena kempen kesihatan yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Chetok dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Che Kamarulzaman Che Harun berkata, penglibatan masyarakat setempat penting dalam memastikan program itu berjalan lancar.

Katanya, sebagai contoh untuk menghapuskan tupai yang mengancam tanaman penduduk, ia memerlukan penglibatan semua pihak.

Justeru itu, katanya, pemuda UMNO merasakan ia adalah tanggungjawab bersama bagi menyelesaikan masalah tersebut yang dihadapi penduduk kampung.

"Sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengekalkan semangat kerjasama yang menjadi warisan tradisi dalam masyarakat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan