Jumaat, 8 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kaunter aduan bergerak 12 April

Posted:

Kaunter aduan bergerak 12 April

Kaunter aduan bergerak 12 April

SEREMBAN 7 April - Penduduk di sekitar daerah Jelebu di sini yang ingin menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan termasuk agensi kerajaan yang diswastakan dijemput hadir ke Dewan Majlis Daerah Jelebu di Kuala Klawang, dekat sini, Selasa depan (12 April).

Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Pejabat Melaka/Negeri Sembilan Jabatan Perdana Menteri, Ranimah Putra berkata, usaha berkenaan dijalankan menerusi penganjuran program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bagi membolehkan rakyat menyatakan aduan masing-masing.

''Aduan boleh dilakukan terus kepada pegawai BPA serta agensi dan jabatan lain melalui kaunter sementara yang disediakan di dewan berkenaan bermula pukul 2.30 petang hingga 5 petang.

''Ini termasuk aduan membabitkan sebarang tindakan pentadbiran kerajaan Persekutuan atau negeri dan juga agensi kerajaan yang telah diswastakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, antara aduan yang diterima adalah seperti kelewatan tindakan aduan, tidak adil, masalah kemudahan awam, kelemahan peraturan, salah guna kuasa atau penyelewengan.

Katanya, orang ramai juga boleh membuat aduan berhubung kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan serta kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

''Sebanyak 29 jabatan dan agensi kerajaan akan turut membuka kaunter pada program sehari ini.

''Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jabatan dan agensi kerajaan melalui ruang pameran yang disediakan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas gembira dapat rumah selesa

Posted:

Warga emas gembira dapat rumah selesa

Warga emas gembira dapat rumah selesa


Khatijah Kasim, (duduk) tersenyum melihat kakitangan MBMB mengecat rumahnya pada majlis perasmian Program Bandar Raya Penyayang MBMB di Paya Rumput, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 7 April - Seorang warga emas, Khatijah Kasim, 81, kini boleh menarik nafas lega apabila rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dihuni kira-kira 15 tahun lalu di Kampung Paya Rumput di sini, telah dinaik taraf menjadi lebih selesa bagi menampung keperluan keluarga itu.

Menurut ibu tunggal itu, tiga anak, 17 cucu dan 12 cicitnya juga tidak perlu lagi tinggal berhimpit-himpit di rumah tersebut setelah ia dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di bawah program Bandar Raya Penyayang.

''Walaupun rumah anak-anak ada berhampiran, saya juga mahu cucu-cucu tinggal bersama di rumah setiap kali ada majlis perkahwinan. Namun disebabkan ruang agak sempit, kebanyakan masa, rumah ini akan tinggal kosong sahaja.

''Bagaimanapun, saya lega apabila MBMB sudi membesarkan rumah dan seterusnya memastikan kehidupan saya lebih selesa selepas ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Khatijah berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Program Bandar Raya Penyayang bagi Dewan Undangan negeri (DUN) Paya Rumput dan program Pembasmian Kemiskinan Bandar oleh Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Tahir Hasan serta turut dihadiri Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu.

Katanya, ekoran keadaan rumah yang agak sempit, rumah itu sering dibiarkan kosong tanpa penghuni kerana dia sendiri enggan tinggal bersendirian di rumah tersebut.

''Namun, selepas ruang tamu rumah dan dapur dibesarkan dan luar rumah dicat baru, saya lebih selesa dan mahu tinggal dalam rumah sahaja, sukar pula mahu tinggalkan rumah," katanya.

Sementara itu, menurut Zainal, Khatijah merupakan antara 12 keluarga miskin yang dipilih oleh MBMB di 12 DUN bagi pelaksanaan program Bandar Raya Penyayang sempena sambutan ulang tahun ke-8 MBMB pada 15 April ini.

''Program Bandar Raya Penyayang ini adalah kali kelima dan diadakan secara serentak pada 26 dan 27 Mac lalu melibatkan 13 buah jabatan di dalam organisasi MBMB,'' ujarnya.

Zainal berkata, melalui program itu, keluarga yang terpilih akan dibantu dari segi penganjuran gotong-royong meliputi aktiviti membaiki dan membersihkan kawasan rumah mereka selain memberikan sumbangan barangan makanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada pasar raya kelirukan pembeli

Posted:

Ada pasar raya kelirukan pembeli

Ada pasar raya kelirukan pembeli

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

TELUK KEMANG 7 April - Pengguna di sekitar daerah Port Dickson dinasihati supaya lebih berhati-hati ketika membeli-belah apabila sebuah pasar raya besar dekat sini dikesan mempamerkan tanda harga berbeza berbanding kod bar harga yang tertera pada barangan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daerah, Yusuf Bakar berkata, taktik pasar raya itu terbongkar selepas harga sebenar barangan dikenal pasti pelanggan tidak sama dengan harga kod bar semasa diimbas di kaunter pembayaran.

''Ini mengakibatkan ramai pelanggan yang membayar lebih daripada nilai tanda harga yang dipamerkan sesuatu barangan itu.

''Kebanyakan pelanggan terutamanya yang membeli barangan dalam kuantiti yang besar sering menjadi mangsa berikutan tidak sedar yang mereka ditipu," katanya di sini hari ini.

Jelas Yusuf, kaedah licik itu mengelirukan serta merugikan pengguna, walaupun jurang perbezaan harga sesuatu barangan itu tidak terlalu tinggi.

''Berikutan kesalahan ini, kita telah mengeluarkan kompaun kepada pengusaha terbabit di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mempamerkan tanda harga mengelirukan.

''Kami amat memandang serius terhadap perkara ini dan akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelak hak pengguna terus dicabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Yusuf memberitahu, pihaknya berjaya mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 8,000 liter minyak tanah di Jeti Kuala Lukut, dekat sini pada 15 Mac lalu.

''Bahan bakar yang dianggarkan bernilai hampir RM16,000 itu dipercayai cuba di seludup dari Singapura untuk dipasarkan di sini dan kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan