Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Lagi didakwa pecah amanah lebih RM14 juta

Posted:

Lagi didakwa pecah amanah lebih RM14 juta

Lagi didakwa pecah amanah lebih RM14 juta

PULAU PINANG 20 April - Selepas didakwa melakukan pecah amanah RM1.57 juta dan dituduh terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram hampir RM200,000, seorang bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan, Bank Muamalat Bhd., hari ini didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh, Aishah Mohamed Rose, 50, yang sebelum ini bertugas di cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) didakwa atas lima pertuduhan pecah amanah harta milik bank tersebut berjumlah RM14,205,336.51.

Turut didakwa suaminya, Johari Ahmad, 54, yang merupakan seorang peguam bersama seorang Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn. Bhd., Azman Abdul Aziz, 49, atas tuduhan bersubahat dengan Aishah melakukan pecah amanah.

Mereka bertiga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Raut wajah pasangan itu yang diwakili peguam Jagdeep Singh Deo nampak bersahaja sementara Azman kelihatan sugul dan gelisah.

Mengikut pertuduhan pertama, Aishah didakwa melakukan pecah amanah wang RM3,363,936.94.

Dia dari Lintang Sungai Ara Dua, Bayan Lepas di sini didakwa melakukan empat lagi tuduhan serupa melibatkan wang RM3,679,939.54; RM2,889,878.99; RM2,490,758.40 dan RM1,780,852.64.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan antara 27 Januari 2005 dan 16 Julai 2009, di bangunan USM, Jalan Minden di sini.

Timbalan Pendakwa Raya S. Devanandan mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sementara Johari dan Azman yang berasal dari Bukit Mertajam dekat sini pula didakwa telah bersubahat dengan Aishah melakukan pecah amanah RM14,205,336.51 pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 409 dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Sitarun Nisa membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM300,000 dan memerintahkan dokumen perjalanan masing-masing kepada mahkamah.

Sementara itu, di mahkamah sama Azman yang mohon dibicarakan atas 10 pertuduhan lain melibatkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM988,464.38 dengan cara memindahkan 10 keping cek milik Citibank yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 17 April dan 14 Julai 2009 di Motorola Technology Sdn. Bhd., Plot 2, Bayan Lepas, Technoplex Industrial Park di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Pang Chuin Keat mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM5 juta.

Sitarun Nisa membenarkan Azman diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua kes terhadap ketiga-tiga tertuduh akan disebut semula pada 23 Mei depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluru diguna tidak sepadan

Posted:

Peluru diguna tidak sepadan

Peluru diguna tidak sepadan

Oleh RAHANA MOHD DAHARI
utusankelantan@utusan.com

TUMPAT 20 April - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu, peluru yang digunakan untuk menembak pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, tidak sepadan dengan senjata api milik Tengku Muhammad Fakhry Petra yang dirampas di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Asisten Supritendan Kamarulnizam Alias, 40, dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berkata, peluru yang digunakan dalam kejadian tembak di Palekbang, Tumpat pada pagi, 1 Mei tahun lalu itu bersaiz .32.

Sedangkan senjata api yang dirampas merupakan selaras senapang patah dan sepucuk pistol automatik jenis Glock. 33, jelas saksi itu.

"Oleh kerana anak peluru yang digunakan dalam kejadian tersebut tidak sama seperti yang dirampas dari Istana Mahkota, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim (kini Timbalan Ketua Polis Kelantan) arah menyerahkan semula barang-barang tersebut kepada pemiliknya iaitu, Tengku Muhammad Fakhry Petra,'' katanya.

Beliau memberitahu demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian Ramli, 50, yang ditembak semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 1 Mei tahun lalu.

Inkues itu didengar di hadapan Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdul Razak Wan Hussein.

Terdahulu saksi terakhir itu berkata, pada pukul 12.15 malam, 5 Mei 2010 beliau menerima tujuh barang daripada Supritendan Zainol Samah untuk disiasat.

"Ia selaras senapang patah (shot gun) jenis benneli, 10 butir peluru senapang patah, seutas tali silang senapang patah berwarna hitam, sepucuk pistol automatik Glock, 41 butir peluru winchester, dua kelopak peluru dan satu lesen senjata api atas nama Tengku Muhammad Fakhry.

"Kesemua barang itu diambil dari Istana Mahkota di Kubang Kerian hasil operasi yang dijalankan dan ia dimiliki oleh Tengku Muhammad Fakhry dan saya simpan dalam kabinet untuk siasatan," jelasnya.

Inkues bagi menyiasat kematian Ramli yang bermula 10 Januari lalu berakhir hari ini selepas lapan kali bersidang setelah 38 saksi memberikan keterangan.

Mahkamah akan memberi keputusan inkues pada 2 Mei depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan