Selasa, 12 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Bimbang rumah runtuh

Posted:

Bimbang rumah runtuh

Bimbang rumah runtuh

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


SALAH sebuah rumah berdepan risiko retak dan runtuh berikutan hakisan yang berlaku setelah tapaknya dimasuki air parit bertakung sejak 10 tahun lalu di Taman Cempakasari, kapar, Klang.


KLANG 11 April - Sudah hampir 10 tahun aduan dibuat oleh penduduk mengenai sistem perparitan di kawasan kediaman mereka yang tidak mengalir dengan lancar, namun tiada sebarang perubahan berlaku sehingga ke hari ini.

Malah, keadaannya semakin teruk sehingga telah menyebabkan dinding dan pagar empat buah rumah penduduk retak kesan daripada hakisan yang berlaku.

Itulah masalah yang dihadapi oleh penduduk di Jalan Cempakasari 15, Taman Cempakasari, Batu 4, Jalan Kapar sejak 2003.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dinding empat buah rumah betul-betul berada di tepi parit itu dan tanah di bawah rumah terbabit sudah terhakis kerana sistem saliran yang tidak sempurna itu.

Turut dapat dilihat ialah air dari parit tersebut sudah masuk sehingga ke bawah lantai rumah tetapi tidak dapat dipastikan keluasan tanah yang terhakis kerana ia berada di bawah binaan konkrit.

Keadaan itu boleh membahayakan keselamatan penduduk kerana tanah yang terhakis itu boleh menyebabkan tanah jerlus, seterusnya akan mengakibatkan rumah retak atau lebih teruk lagi akan runtuh.

Kata penduduk, mereka bukan mereka-reka cerita tetapi dapat dibuktikan dengan kewujudan kesan retak pada dinding dan lantai rumah yang terlibat.

Malah, baru-baru ini, lantai dapur sebuah rumah dikatakan 'meletup' dipercayai berpunca daripada retakan besar yang berlaku.

Penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi meminta dibina longkang konkrit bagi mengatasi masalah tersebut tetapi masih belum ada sebarang tindakan diambil.

Selain masalah retak dan hakisan, parit sedalam satu meter itu juga mengeluarkan bau yang busuk yang mengganggu keselesaan penduduk.

Air di dalam parit itu yang bertakung juga dikhuatiri akan menjadi tempat tempat pembiakan nyamuk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPK turun padang tetapi tiada tindakan

Posted:

MPK turun padang tetapi tiada tindakan

MPK turun padang tetapi tiada tindakan

KLANG 11 April - Penduduk di Jalan Cempakasari 15, Taman Cempakasari, Batu 4, Jalan Kapar mahu Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pihak pemaju membina longkang konkrit dengan segera bagi mengekang hakisan tanah yang berpunca daripada parit tidak dibina dengan sempurna.

Timbalan Ketua Persatuan Penduduk Jalan Cempakasari 15, Mohd. Shabuddin Hasbullah, 46, berkata, penduduk kecewa kerana terpaksa menunggu begitu lama walaupun aduan sudah pun beberapa bulan selepas menduduki rumah itu iaitu sejak September 2003.

Katanya, pegawai dari MPK telah beberapa kali turun padang dan melihat keadaan tebing rumah yang terjejas kerana sistem perparitan yang tidak baik itu tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan longkang akan dibina.

"Saya tahu MPK menjalankan kerja mereka dan datang melawat hakisan tanah akibat parit ini, namun kenapa perlu mengambil masa begitu lama masih tiada penyelesaian.

"Penduduk di sini memerlukan sebuah saluran longkang yang baik bagi menggantikan parit yang telah menghakis tanah kerana kami bimbang lama-kelamaan tanah akan mendap dan mungkin mengakibatkan rumah akan roboh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, dia tidak mahu apabila perkara yang tidak diingini berlaku, barulah semua pihak akan ambil perhatian kerana pada ketika itu, ia sudah lambat dan tidak bermakna lagi.

Sementara itu, seorang penduduk, Norliza Ismail, 35, berkata, keadaan tebing rumah yang makin terhakis membuatkan penduduk hidup dalam ketakutan.

Menurutnya, pada 4 April lalu, dia terdengar bunyi letupan kecil di dapur rumahnya dan apabila diperiksa, dia mendapati lantai dapur yang di bawahnya merupakan tangki septik telah retak dan konkritnya terangkat sedikit.

"Perkara ini amat membimbangkan saya terutamanya keselamatan anak-anak. Kalaulah lantai ini runtuh dan anak saya berada di sini, ia boleh membahayakan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Ali Abdul Wahab, 62, pula berkata, pagar rumahnya sudah retak dan senget ke arah parit akibat hakisan yang semakin teruk.

Dia berharap, pihak bertanggungjawab dapat segera menggantikan parit itu dengan longkang konkrit sebelum masalah itu semakin serius dan kerosakan yang lebih teruk berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skrin LED di Dataran Merdeka

Posted:

Skrin LED di Dataran Merdeka

Skrin LED di Dataran Merdeka

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Ahmad Fuad Ismail menekan butang pada alat kawalan jauh sebagai simbolik perasmian skrin LED baru di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 11 April - Skrin besar di Dataran Merdeka yang sudah berusia 10 tahun kini digantikan dengan skrin baru berteknologi LED yang memberikan paparan imej yang lebih terang, jelas dan berdefinisi tinggi.

Skrin berteknologi tinggi bernilai RM8.7 juta dari Korea Selatan itu berukuran berukuran 11.777 meter x 6.653 meter dengan kadaran format digital 16:9.

Skrin itu akan beroperasi sepenuhnya setiap hari mulai Jumaat ini dari pukul 6 pagi sehingga 2 pagi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, penggantian skrin itu dilaksanakan secara perjanjian enam tahun dengan opsyen tambahan empat tahun antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan syarikat dari Korea, Optica Fibre Technologies MSC Sdn. Bhd.

Menurutnya, DBKL tidak mengeluarkan sebarang kos untuk tujuan penggantian itu kerana semua kos termasuk pembekalan, penyelenggaraan, pengendalian dan operasi akan dibiayai sepenuhnya oleh Optica Fibre Technologies.

"Namun, syarikat itu diberi hak penjanaan pendapatan menerusi tajaan serta pengiklanan sama ada menerusi paparan pada skrin atau binaan skrin tersebut," katanya selepas melancarkan skrin terbaru itu baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL, Datuk Normah Malik dan Pengarah Urusan Optica Fibre Technologies, John Kim.

Ahmad Fuad memberitahu, DBKL akan memperoleh 40 peratus daripada keuntungan bersih pendapatan iklan dengan pulangan minimum sebanyak RM110,000 setahun dan had masa siaran sebanyak 30 peratus atau enam jam sehari.

Ujarnya, DBKL akan menggunakan masa siaran itu untuk menayangkan kempen-kempen, promosi pelancongan Kuala Lumpur, makluman aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan untuk warga kota.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan