Utusan Online - Dalam Negeri |
Video seks: PM mahu rakyat buat penilaian sendiri Posted: Video seks: PM mahu rakyat buat penilaian sendiriSEOUL 6 April - Isu klip video seks dengan pelacur dari China yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia perlu dinilai sendiri oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehubungan itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung penayangan video tersebut di Internet sejak beberapa hari lalu. "Saya tak nak komen (isu video seks ini) sebab saya dari mula lagi berkata, perkara ini adalah sesuatu yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat," tegas beliau ketika ditanya oleh wartawan Malaysia di sini hari ini. Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 4 April lalu. Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Thepowerman'. Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ditanya soalan lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan masih mengkaji saranan sesetengah ibu bapa agar mata pelajaran Sains dan Matematik dibenarkan diajar dalam bahasa Inggeris di beberapa sekolah terpilih. "Kami masih menilai cadangan tersebut dengan mendapatkan pendapat serta reaksi ibu bapa, selain melihat sama ada kita boleh wujudkan fleksibiliti. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan mengenai hal ini," jelasnya. Beliau turut menolak kemungkinan mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, sebagaimana yang dicadangkan oleh satu pihak yang mengumpulkan tandatangan bagi mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan. "Kita sedar ia menjadi satu masalah yang besar di Sabah dan kami sudah pun mengambil tindakan termasuk mewujudkan satu jawatankuasa Kabinet khusus terhadap masalah tersebut, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri," tambahnya. - Utusan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Suruhanjaya diraja ke KabinetKUALA LUMPUR 6 April - Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau sendiri akan membangkitkan hal itu bagi membersihkan nama kerajaan serta Barisan Nasional (BN) yang dituduh sebagai dalang dalam rakaman video terbabit. Katanya, ia susulan daripada penafian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan individu dalam rakaman video berkenaan. "Saya bercadang membawanya (penubuhan suruhanjaya diraja) dalam mesyuarat Kabinet akan datang (Jumaat ini). Saya berasakan perlu diadakan suruhanjaya itu memandangkan kenyataan Wan Azizah semalam bahawa 'pelakon' itu bukan suaminya. "Saya berpendapat bahawa Wan Azizah bukanlah pihak yang layak untuk mengesahkan individu itu bukan suaminya kerana ia melibatkan kepentingan dirinya. "Apabila dia menafikan, saya rasa perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja. Kalau tidak dijawab (diselesaikan) maka rakyat akan percaya kata-kata Wan Azizah dan berasakan kerajaan di belakang ini semua," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini. Katanya, walaupun BN sedari awal menafikan pembabitan dalam isu itu, adalah penting suruhanjaya tersebut ditubuhkan sebagai pihak yang neutral untuk menyelesaikan isu tersebut. Mohamed Nazri berkata, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar atau tidak dan ia perlu disahkan menerusi siasatan suruhanjaya diraja. Mengenai sikap pembangkang yang menolak penubuhan suruhanjaya tersebut, Mohamed Nazri berkata, mereka yang sebelum ini lantang mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock tidak sepatutnya mengamalkan sikap 'pilih bulu'. "Apa yang nak takut sangat? Jika keputusan siasatan menunjukkan lelaki itu bukannya ketua pembangkang, maka itu satu kelebihan untuk dia. BN pun ambil risiko, kita mahu membersihkan nama BN. Oleh itu, biarlah suruhanjaya itu jalankan siasatan dan selesaikan perkara ini," tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 'Serah DNA, Omega'Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED KUALA LUMPUR 6 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempunyai peluang terbaik untuk menebus maruah suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga dengan melakukan dua perkara penting. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, dua perkara itu adalah menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Anwar dan jam tangan Omega yang disimpan untuk memudahkan siasatan polis berhubung kes video seks dan dakwaan-dakwaan lain. Menurut beliau, dengan pendedahan itu, jika terbukti memihak kepadanya dan Anwar, ia bukan sahaja dapat menebus maruah malah, menjadi 'jalan pintas' untuk mereka dan pembangkang 'menjejakkan kaki' ke Putrajaya. ''Kenyataan Wan Azizah dalam sidang akhbar semalam cukup tidak matang kerana polis belum habis siasat pun. ''Dia kena ingat bahawa yang buat laporan polis berhubung isu itu adalah suaminya. Oleh itu, kenyataannya itu tak hormati polis. Saya tak salahkan Wan Azizah untuk memilih kesetiaan daripada kebenaran sebab kebenaran itu pahit. ''Sidang akhbar semalam oleh Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain bukannya menyelesaikan masalah tetapi menambahkan lagi persepsi negatif terhadap mereka. ''Siapa yang kenal Wan Azizah, mereka akan tahu. Saya tengok pun saya sedih sebab dia wanita yang baik. Tetapi, sampai berapa lama nak bertahan?. Cukuplah," katanya di lobi bangunan Parlimen hari ini. Beliau meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara membenarkan pemimpin pembangkang menonton video seks terbabit bagi mereka membuat penilaian sama ada suruhanjaya diraja perlu diwujudkan. ''Kalau selepas menonton mereka mengakui kebenaran, tak perlulah tubuh suruhanjaya dan mereka perlu ambil langkah hormat dengan menyuruh Anwar letak jawatan. Bagi yang menolak penubuhan suruhanjaya, mereka ini bukan sahaja pilih bulu malah hipokrit," tegas beliau. Sementara itu, Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, pembangkang sepatutnya menyokong cadangan itu atas prinsip keadilan dan kebenaran yang dilaung-laungkan sebelum ini. "Jika mereka menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja itu, bermakna mereka sudah tahu kebenarannya," kata beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan