The Malaysian Insider :: Bahasa |
Kamus Dewan: MIC gesa Kementerian Pelajaran, DBP jaga sensitiviti kaum Posted: 21 Apr 2011 12:26 AM PDT
Timbalan presidennya Datuk Dr S. Subramaniam berkata kerajaan perlu mempertimbangkan sensitiviti kaum dalam setiap dasarnya sepanjang masa. "Saya merasakan ini satu isu yang sukar. Kita perlu melihatnya dari perspektif komuniti (India) dan (juga) perspektif Kementerian Pelajaran dan cuba untuk menyelesaikan sebab dalam konteks rakyat Malaysia, sensitiviti kaum akan sentiasa wujud. "Ia sesuatu yang perlu diambil pertimbangan dalam mana-mana polisi yang lazimnya kita lakukan dan dalam mana-mana sistem pembentukan negara ini," katanya lagi. Katanya, kerajaan mesti mempertimbangkan sensitiviti kaum yang berlainan dalam pendekatannya. Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan perlu melihat aspek ini agar Kementerian Pelajaran dan DBP akan melihat isu secara lebih holistik, bukannya dari segi bahasa malah "dari segi sensitiviti pelbagai kaum." Sabtu lalu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pertubuhan mewakili penulis kaum India, mendakwa Kementerian Pelajaran menafikan hak bukan Melayu terhadap Bahasa Malaysia ekoran kenyataannya bahawa Kamus Dewan, terbitan DBP hanya milik orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan oleh kaum lain. Presidennya Uthaya Sankar SB berkata, jawapan Kementerian Pelajaran berhubung isu semasa — dakwaan yang Kamus Dewan mempunyai banyak kata-kata menyinggung perasaan kaum India — ternyata cuba menafikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh bangsa Malaysia. Sebaliknya (Kementerian Pelajaran) memaksa orang lain melihat serta menganggap Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) sebagai milik kaum tertentu sahaja. DBP terletak di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran. "Jawapan dan pendirian seperti ini yang mewakili kerajaan Malaysia pasti menggagalkan usaha murni mengangkat martabat dan maruah Bahasa Malaysia, serta usaha membina Bangsa Malaysia," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Kamus Dewan semasa adalah edisi keempat, dipasarkan sejak 2005. Edisi pertama keluar pada 1970. Isu terbaru ini muncul ketika kontroversi novel Interlok masih berlarutan meskipun Kementerian Pelajaran menegaksan ia sudah ditutup. Bagaimanapun pertubuhan-pertubuhan penulis Melayu seperti Gapena dan Pena mempertahankan Kementerian Pelajaran dan DBP. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Menteri: Majikan wajib masuk gaji pembatu rumah dalam akaun bank Posted: 20 Apr 2011 11:49 PM PDT ![]() Seorang pekerja Indonesia menunggu penerbangannya di lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta. — Foto Reuters Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata langkah baru itu akan diperkenalkan mulai Jun ini bagi menjamin dan melindungi kepentingan majikan dan pembantu rumah. "Dengan ini kita harap dapat mencari penyelesaian bagi kes pembantu rumah yang melarikan diri daripada majikan dan juga kes majikan yang tidak membayar gaji yang ditetapkan atau tidak membayar gaji kepada pembantu rumah," kata beliau dipetik Bernama Online. Mengenai kenyataan bahawa Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur menerima kira-kira 1,000 kes layanan buruk majikan terhadap pekerja Indonesia setiap tahun dengan 60 peratus membabitkan pembantu rumah, Dr Subramaniam berkata, hanya 60 kes seumpama itu yang dilaporkan di balai polis setahun. "Mungkin mereka (pekerja Indonesia) melaporkan di kedutaan itu. Tetapi laporan polis menunjukkan hanya 60 kes. "Saya perlu jelaskan bahawa 99 peratus majikan begitu bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pembantu rumah. "Hanya 0.5 peratus sahaja yang dikategorikan sebagai tidak bertanggungjawab," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan