Sabtu, 23 April 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Sperma mati dek ‘gadis penyedap’

Posted: 22 Apr 2011 12:40 PM PDT

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

"Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya.


Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.


Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebak lihat mayat keluarga

Posted: 22 Apr 2011 12:40 PM PDT

REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, semalam.
REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, semalam.

PEKAN: "Hati ibu mana yang tak sedih. Saya hanya mampu menangis ketika melihat anggota bomba mengeluarkan satu demi satu mayat anak, menantu dan anak saudara saya tersepit bawah treler."

Demikian kata Ong Yue Lian, 43, yang kematian dua anak, seorang menantu dan anak saudara dalam nahas ngeri meragut empat nyawa di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Paloh Hinai kira-kira jam 5 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Diong Kah How, 21; abangnya, Diong Kah Keng, 24, yang juga pemandu Perodua Myvi bersama isterinya, Koh Kiah Hui, 23, serta sepupu mereka, Chow Kok Sin, 23.


Semua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan sebelum kenderaan dinaiki mereka dirempuh treler membawa muatan bahan kimia yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Yue Lian, dia sekeluarga berkonvoi tiga kereta untuk pulang ke kampung di Taman Tas, Kuantan, bagi meraikan ulang tahun ke-81 bapa mentuanya, Diong Chang Sou dan aktiviti itu rutin setiap tahun.


Katanya, dia berada di depan sekali dengan menaiki kereta Nissan Cefiro dipandu suami, Diong Jit Ping, 46, serta seorang menantu, dua cucu dan seorang pembantu rumah manakala anak bongsu, Diong Kah Sin, 15, menaiki kereta Toyota Vios yang dipandu abang iparnya, Diong Jit Ming, 51.


"Kah Keng memandu di belakang saya, manakala Kah Sin yang menumpang abang ipar saya berada di belakang sekali. Kami bertolak dari Johor Bahru jam 1 pagi.

"Perjalanan kami lancar sehingga saya melihat treler dipandu agak laju ketika berselisih dengan kereta. Pada masa itu hati saya terdetik treler itu mungkin melanggar kereta dinaiki anak saya.


"Tidak lama kemudian Kah Sin menghubungi dan bertanya sama ada saya melihat treler terbabit sebelum dia sekali lagi menghubungi dan memaklumkan kereta dipandu Kah Keng terbabit kemalangan," katanya.

Yue Lian berkata, dia berpatah balik ke tempat kejadian dan terkejut mendapati kereta dinaiki dua anak, menantu dan anak saudaranya terperosok di bahagian kepala treler.


"Hancur luluh hati saya melihat kejadian mengerikan itu. Lebih perit apabila diberitahu mereka meninggal dunia serta-merta," katanya.


Menurutnya, sebelum bertolak ke Kuantan, Kah Sin mengadu kepadanya mengenai perubahan sikap Kah Keng yang banyak mendiamkan diri tetapi tidak menyangka ia petanda buruk buat mereka sekeluarga.


Bapa Kok Sin, Choi Taw Siang, 55, dari Sri Jaya, Maran berkata, kali terakhir melihat anaknya ketika pulang ke kampung bulan lalu untuk satu upacara keagamaan.


"Dia anak kedua saya daripada tiga beradik dan jarang pulang ke kampung kerana bekerja denganKah Keng," katanya.


yang mengusahakan syarikat ubah suai rumah di Singapura. Dia baru setahun bekerja dengan sepupunya itu dan disebabkan itu dia mahu menumpukan perhatian pada pekerjaan barunya.


"Ketika dia pulang bulan lalu, saya tidak melihat sebarang perubahan pada sikapnya dan kami berbual seperti biasa kerana sudah lama tidak berjumpa.


"Kepulangannya kali ini saya tunggu dengan penuh gembira, namun, kegembiraan saya terbantut apabila menerima panggilan dari polis memaklumkan anak saya maut dalam kemalangan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler terbabit yang membawa muatan kimia dari arah Kuantan gagal memintas kereta di hadapannya lalu bertembung kereta dinaiki mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan