Berita Harian: Nasional |
Inisiatif banteras rasuah positif Posted: 12 Apr 2011 02:43 PM PDT Nasional Malaysia di landasan betul pastikan tekad Pelan Integriti Nasional dicapaiKUALA LUMPUR: Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif komprehensif dan bersepadu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menaik taraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan lembaga penasihat, panel dan jawatankuasa untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM supaya wujud ketelusan serta kebebasan dalam usaha memerangi rasuah selaras dengan tekad Pelan Integriti Nasional. Selain itu, beliau berkata, 'Integrity Pact' diperkenalkan dalam sistem perolehan kerajaan serta e-perolehan untuk mewujudkan ketelusan dalam pemberian tender dan kontrak kerajaan.Di samping itu, katanya, kerajaan juga menubuhkan Unit Pematuhan di setiap agensi kerajaan yang berisiko, mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah, menerima pakai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah; menggubal Akta Pencegahan Rasuah, Akta Perlindungan Saksi, Akta Pengubahan Wang Haram dan Akta Bantuan Bersama Dalam Hal Jenayah dan menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai tumpuan utama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). "Dengan melaksanakan pelbagai inisiatif ini, kita meletakkan Malaysia pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara kita. "Dengan memperkukuhkan institusi penguatkuasaan antirasuah, mewujudkan mekanisme undang-undang bersepadu dalam menangani jenayah rasuah dan menubuhkan mekanisme pemantauan di agensi kerajaan, kita berkeyakinan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan dapat diperangi secara habis-habisan di negara kita.
Pada pertandingan itu, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Paizal Sanek muncul sebagai johan, manakala tempat kedua dimenangi Mohd Shafiq Aiman Mat Nor (IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan) dan tempat ketiga, Fatimah Azzahra Mohamed Sharif (IPG Kampus Ipoh, Perak). Dalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata, peranan warga pendidik yang lebih berkesan dapat membantu memantap pembudayaan integriti di kalangan generasi masa depan negara menerusi proses pendidikan dengan menerap nilai moral dan etika yang luhur dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka. Beliau berkata, golongan pendidik sebenarnya memikul peranan strategik dalam mencapai matlamat utama pendidikan negara untuk melahirkan insan berpengetahuan dan berakhlak mulia. "Andai kata semua nilai moral dan etika murni dapat diterapkan dalam proses pendidikan, saya berkeyakinan matlamat kerajaan untuk membentuk negara dan masyarakat maju berintegriti dapat dicapai," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 12 Apr 2011 02:42 PM PDT Nasional ABU KASSIM (tiga dari kanan) bersama Omar (dua dari kanan) serta Ibrahim (dua dari kiri) pada perjumpaan di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes salah laku, penyelewengan dan rasuah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menerusi Operasi 3B mendapati KDRM juga tertipu dalam kes terbabit berikutan hanya segelintir kakitangannya terbabit dalam gejala itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata faktor itu antara sebab pihaknya menubuhkan pasukan bertindak dengan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain KDRM sendiri bagi operasi terbabit. "Menyusuli operasi ini, kita akan adakan siri perbincangan meja bulat dengan KDRM bagi mencari jalan membantu mereka kemas kini kutipan cukai dan meningkatkan integriti kakitangannya kerana kita dapati jumlah yang berintegriti jauh lebih tinggi dan mereka ini dapat membersihkan KDRM," katanya pada sidang media di sini semalam.Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman; Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Iskandar Jaafar dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad. Abu Kassim berkata, Operasi 3B mengambil sempena RM3 bilion yang disasar dapat dikutip daripada operasi terbabit, yang hilang akibat penipuan pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai pihak dan menegaskan KDRM hanya satu daripadanya. Beliau berkata, orang ramai keliru dengan jumlah RM108 bilion yang dikaitkan akhbar tertentu dengan siasatan terhadap KDRM dan menjelaskan ia sebenarnya anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan. Sementara itu, Iskandar berkata, usaha perlu dipergiat bagi memartabatkan integriti, bukan saja di KDRM, sebaliknya seluruh perkhidmatan awam dan diharap kita dapat bersama menangani isu yang menjadi buah mulut masyarakat. Omar pula berkata, CUEPACS meminta Abu Kassim meneruskan khidmatnya bagi mencapai matlamat semua agensi di negara ini cemerlang dan tinggi integritinya. Ibrahim pula menyifatkan pertemuan dengan SPRM itu memberi peluang kakitangan KDRM membersihkan nama dan mahu agensi pencegahan rasuah dilihat sebagai rakan baik KDRM dan bukannya ditakuti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan