Sabtu, 23 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kerajaan kaji wujudkan stok penimbal makanan: KPDNKK

Posted: 23 Apr 2011 12:25 AM PDT

Mutakhir

KANGAR: Kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan stok penimbal beberapa bahan makanan, termasuk ayam bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi selain menstabilkan harganya sesuai dengan situasi global sekarang.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengemukakan kepada kerajaan cadangan terbabit yang memerlukan kajian mendalam, termasuk aspek ketahanan barangan berkenaan.
Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Mahani Tan Abdullah, berkata cadangan mewujudkan stok penimbal bagi bahan makanan seperti kacang soya, jagung dan ayam adalah antara pelan jangka panjang bagi memastik bekalan sentiasa mencukupi walaupun ketika keadaan darurat. "Walaupun masih di peringkat kajian, cadangan stok penimbal beberapa bahan makanan seperti dilakukan ke atas beras tetap diberi keutamaan. Ia membabitkan kos tinggi bagi memastikan stok simpanan tidak rosak," katanya merasmikan penutup Program Kepenggunaan `Isu Kenaikan Harga Barang' di sini, hari ini. Beliau berkata, keadaan semasa global termasuk bencana alam di beberapa negara pengeluar makanan antara faktor mewujudkan stok penimbal perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa berada di pasaran tempatan dengan harga stabil. Selain itu, katanya, pihaknya mengambil langkah jangka panjang untuk memastikan bekalan bahan makanan terjamin melalui perjanjian jangan panjang (LTC) dengan beberapa negara pembekal utama untuk kepentingan rakyat. "Sebagai contoh, menerusi LTC kita dapat menstabilkan harga gula untuk keperluan domestik walaupun harga gula mentah di pasaran global meningkat secara mendadak," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jenayah rasuah, ketirisan gugat prestasi ekonomi negara: PM

Posted: 23 Apr 2011 12:09 AM PDT

Mutakhir

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.
Perdana Menteri berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.
Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku. "Ia (tindakan itu) tidak ada lain tujuan melainkan untuk menambah hasil negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan 60 anggota dan pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di seluruh negara untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram. Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa bukan soal kerajaan tidak mahu menambahkan projek pembangunan yang boleh memberi kerja tambahan kepada kontraktor tetapi kemahuan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara.
"Ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan. Kalau kita tidak dapat kutip hasil tambahan kerana berlaku ketirisan yang berluasa, maka itu juga akan menjejaskan hasil dan pendapatan kerajaan.
"Misalnya, kalau banyak orang mengelat daripada membayar cukai yang menjadi punca kewangan kerajaan, kalau ada orang eksport dan import barang tetapi tipu harga dan melakukan apa yang disebutkan ''under declaration'', maka ia merupakan kekurangan kewangan kepada kerajaan.
"Sehubungan itu, kita mesti fahami bahawa kalau kita hendak lebih banyak projek pembangunan, maka semua orang mesti memainkan peranan masing-masing, iaitu yang mengurus ekonomi negara kena mengurus dengan baik dan yang kena bayar cukai mesti ikut ketetapan yang patut ditunaikan mereka," katanya.
Najib berkata beliau akan menjadi orang yang paling gembira jika hasil negara dapat dipertingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion atau RM70 bilion.
"Kalau ekonomi negara kita, pertumbuhannya pada kadar yang tinggi, maka kita dapat mencari sumber kewangan dan hasil yang boleh menjadi sumber yang boleh digunakan untuk kita mengagih dalam bentuk projek pembangunan tambahan yang akan merangsangkan lagi sektor pembinaan kita.
"Sebaliknya kalau ekonomi negara kita tidak berkembang dan hasil tidak bertambah, maka kerajaan akan menghadapi keadaan yang sukar untuk menambah peruntukan bagi projek pembangunan yang boleh menjadi sumber kepada kontraktor," katanya. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan