Khamis, 7 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Calon teramai

Posted: 06 Apr 2011 09:18 PM PDT

MukaDepan

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin mengiringi Ketua Menteri Sarawak yang juga calon Barisan Nasional bagi DUN  Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersama  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman   ke tempat penamaan calon di    Dewan Suarah Mesra Mukah,  semalam.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi Ketua Menteri Sarawak yang juga calon Barisan Nasional bagi DUN Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ke tempat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah, semalam.

Buat pertama kali semua kerusi DUN ditandingi

KUCHING: Sebanyak 213 calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April ini, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negeri ini dengan Barisan Nasional (BN) dijangka menerima tentangan hebat daripada pembangkang untuk mendapatkan mandat baru daripada pengundi.

BN mempertaruhkan calon di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah lawan tertinggi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding 49 kerusi, diikuti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), 26 kerusi; DAP (15), Parti Cinta Malaysia (PCM) (enam) dan PAS (lima). Penyertaan calon Bebas dan calon wanita juga paling ramai dalam sejarah pilihan raya negeri, masing-masing 41 dan 16 orang, selain tiada lagi kemenangan tanpa bertanding untuk BN seperti yang kerap berlaku pada pilihan raya sebelum ini, termasuk dua pada 2006.

Jumlah calon lelaki mendominasi dengan 197 calon, tetapi setiap parti kecuali SNAP tidak mengetepikan calon wanita dengan BN, PKR dan DAP masing-masing memberi kepercayaan kepada empat wanita.

PAS juga tidak ketinggalan apabila menamakan dua calon wanita yang disifatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaras dengan usaha parti meningkatkan martabat wanita. Seorang lagi calon wanita bertanding atas tiket Bebas.

Daripada keseluruhan 71 kawasan pilihan raya, masing-masing dua kerusi menyaksikan pertembungan enam dan lima penjuru, empat penjuru (17), tiga penjuru (23) dan dua penjuru (27).
Sepanjang tempoh 10 hari kempen bermula semalam, BN dijangka memberi lebih tumpuan untuk meraih sokongan di lapan DUN milik DAP, PKR dan PCM serta memastikan kawasan majoriti pengundi Cina dan dilabel kelabu tidak jatuh ke tangan pembangkang.

Kerusi yang mahu dirampas BN ialah Pending, Padungan, Batu Lintang, Kidurong, Meradong, Kota Sentosa, Bukit Assek dan Ngemah, selain mengetepikan saingan pembangkang yang bertumpu di Samariang, Batu Kawah, Lingga, Engkelili, Saribas, Belawai, Bawang Assan, Nangka, Balingian, Pelagus, Bekenu, Bukit Kota, Ba'kelalan, Telang Usan, Batang Ai, Kedup, Simunjan dan Bukit Begunan.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mempertahankan kerusi Balingian menentang dua pupunya yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin dan peniaga, Suriati Abdullah, 50.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ditemui di Mukah, menasihatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan pihak tertentu, termasuk calon Bebas yang mendakwa kononnya mendapat sokongan pimpinan kerajaan atau BN Pusat.

"Di semua 71 DUN di Sarawak, kita meletak calon atas lambang BN. Itulah calon yang direstui, menggunakan lambang dacing yang sudah mendapat pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya yang mengiringi Abdul Taib ke pusat penamaan calon, di Dewan Suarah Mesra, Mukah.

PAS yang mempertaruhkan lima calon, sekadar berharap penyertaan calon Bebas di kawasan yang ditandinginya mampu memecahkan undi BN dan memberi kemenangan mengejut kepada parti itu yang hanya bertanding di Beting Maro pada pilihan raya negeri 2006.

"Kita berharap mampu membuat kejutan kali ini," kata Abdul Hadi selepas mengiringi calon PAS bagi DUN Sadong Jaya, Abang Eddy Allyanny, iaitu satu daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, selain Sebuyau, Tanjung Datu, Beting Maro dan Muara Tuang.

Saingan di kawasan majoriti pengundi kaum Melanau seperti DUN Jepak, Semop, Jemoreng, Daro, Belawai, Balingian, Dalat dan Nangka juga diramal sengit dengan saingan daripada pembangkang dan Bebas.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pegawai kastam maut di pejabat SPRM

Posted: 06 Apr 2011 09:17 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.

SPRM juga mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam sidang medianya, berkata Ahmad Sarbani dikatakan datang pada jam 8.26 pagi semalam, untuk berjumpa pegawai penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan untuk berbincang sesuatu berhubung perkara itu.

Oleh kerana pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat, beliau menunggu di lobi bangunan sehingga jam 9.30 pagi sebelum datang seorang pegawai lain untuk mengiringi Allahyarham ke sebuah bilik 'pantry' di tingkat tiga.

Katanya, kira-kira 45 minit selepas itu, pegawai yang mengiringinya meninggalkan Ahmad Sarbani sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui Allahyarham.

"Apabila pegawai pengiring terbabit masuk semula ke bilik rehat, beliau dapati pegawai kastam itu sudah tiada dalam bilik. Selepas mencari di sekitar kawasan pejabat, seorang pegawai kami terlihat satu tubuh manusia atas lantai di tingkat satu," katanya.
Beliau berkata, SPRM kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum menghubungi keluarga dan majikan mangsa.

Siasatan terhadap Allahyarham dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat menerusi Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman.

Selepas operasi itu, sejumlah RM602 juta wang yang terbabit dalam pengubahan haram dibekukan, RM382 juta harta disita, manakala RM31.2 juta lagi dilucutkan hak. Siasatan menemui simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

Sementara itu, menurut sumber, ada beberapa saksi melihat Ahmad Sarbani berlari ke arah tingkap di tingkat tiga sebelum jatuh ke tingkat satu yang dikatakan digunakan sebagai gelanggang badminton. Mangsa cedera parah pada muka dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber turut berkata, Allahyarham datang ke pejabat SPRM untuk menukar kenyataannya kepada SPRM sebelum ini serta mendapatkan tandatangan pengesahan pada borang yang menyatakan beliau dibebaskan dengan jaminan.

Lagi berita kes Sarbani, dapatkan akhbar Berita Harian, hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

adira

mcm manela bole smpai meninggal pegawai ni...
penuh kemusykilanla..

joy

biarlah dia mati.biar lebih ramai kakitangan kastam yg ambil rasuah ,biar ramai yg mati,matilah.....

nur awanis ab rahmah

begitu dunia sekarang makin tinggi jawatan makin banyak salahkuasa yg membabitkan rasuah ni, last2 pegawai SPRM sendiri pun ada x malu ke

amira

Al fatihah....Allah menguji manusia dengan pelbagai cara. Hadapi masalah dengan tenang walau sebesar mana pun kerana ada hikmah.

solihin

dulu mr.teoh sekarang ahmad.keputusan akan datang mungkin tidak cukup bukti dan mangsa bunuh diri.hebat betul perbuatan ini sukar d kesan.

mohd ap

terjun lg... atau ditolak... teoh beng hock pun xsettle lg... SPRM jawab!!!

pakcik goyang

itulah.... masa ekau dok wat keje 2 x pk halal haram.. bile dah jadi cam gini.. dah terlambat... fikir-fikirkan..renung-renungkan.. selamat beramal..

1malaysia

x ke pelik ke?membunuh diri di sprm??????
@pn ade unsur2 lain....????

WARGA 1 MALAYSIA

apa dah jadi ni, dulu beng hock. lepas ni asapa lagi???

tun salem

belum siasat lagi dah mati

ntah

hanya Allah mngetahui

eyoe

hurm..story die ala2 kes teoh beng hock.. pelik pon ader...huu


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan