Khamis, 1 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kerjasama UniKL-LSE-SBS tahun ini

Posted:

Kerjasama UniKL-LSE-SBS tahun ini

Kerjasama UniKL-LSE-SBS tahun ini

01/03/2012 7:24pm

KUALA LUMPUR — Universiti Kuala Lumpur (UniKL), anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara), akan mengadakan kerjasama dengan London School of Economics (LSE) dan Said Business School, University of Oxford, United Kingdom (UK) tahun ini.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama itu akan membabitkan pengambilan khidmat pensyarah dari LSE dan Said Business School dalam menambahkan kursus yang ditawarkan UniKL sekarang.

"UniKL juga merancang untuk menawarkan program MBA (Master of Business Administration), dan mahu mendapat khidmat pensyarah dari Said Business School untuk berkhidmat di UniKL pada masa depan," katanya.

Bagaimanapun, kursus MBA itu masih di peringkat cadangan, katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan ulangtahun Mara ke-46 dan ulangtahun UniKL ke-10 di kampus UniKL British Malaysia Institute (BMI), Gombak, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, UniKL akan mengadakan kursus baru iaitu program Senior Executive Programme yang dijadualkan bermula pada bulan Julai tahun ini (2012), ia adalah hasil kerjasama dengan London Business School, katanya.

Katanya, kerjasama dengan tiga institusi pengajian tinggi terkemuka UK itu dapat menambah kualiti pendidikan UniKL dan pada masa yang sama menawarkan pilihan kepada penuntut untuk mengambil kursus yang disukai mereka. BERNAMA

Kerajaan negeri cadang Konsulat Brazil di Perak

Posted:

Kerajaan negeri cadang Konsulat Brazil di Perak

Kerajaan negeri cadang Konsulat Brazil di Perak

01/03/2012 7:20pm

IPOH 1 Mac — Kerajaan Perak bercadang mewujudkan jawatan Konsul Brazil di negeri ini bagi mengukuhkan hubungan diplomatik antara Brazil dengan Malaysia terutama dalam sektor pelaburan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata pengwujudan jawatan itu menunjukkan tahap keyakinan Brazil terhadap Perak mengenai pelaburan.

"Bagi kita Brazil merupakan pelabur terbesar bagi Perak dengan pelaburan projek bijih besi Vale SA International," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Al Rajhi cawangan Ipoh di sini hari ini.

Sebelum menghadiri majlis itu, beliau menerima kunjungan Duta Besar Brazil ke Malaysia, Sergio de Souza Fontes Arruda di Pejabat Menteri Besar di sini.

Pertemuan selama sejam yang turut dihadiri oleh barisan Exco negeri Perak itu merupakan lawatan untuk mengucapkan selamat tinggal berikutan duta berkenaan dijadualkan bertukar ke Azerbaijan, Turki.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan singkat itu ialah beberapa hal berkaitan hubungan dua hala dalam bidang ekonomi. — BERNAMA

Remaja digalak sertai Rondaan 1Malaysia

Posted:

Remaja digalak sertai Rondaan 1Malaysia

Remaja digalak sertai Rondaan 1Malaysia

01/03/2012 7:07pm

KUALA LUMPUR — Orang ramai terutama golongan remaja digalakkan menjadi sukarelawan di bawah program Rondaan 1Malaysia dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kementerian Dalam Negeri, ACP Jamaludin Ibrahim berkata, penyertaan golongan muda amat diharapkan kerana mereka mampu memberi kesedaran kepada golongan itu.

Melalui Rondaan 1Malaysia ini juga, masyarakat boleh menyalurkan maklumat secara terus mengenai sebarang permasalahan di kawasan masing-masing, katanya pada temubual dalam program Ala Carte Pagi, Bernama Radio24 di sini, hari ini.

Menurut beliau orang ramai perlu mengambil peluang ini agar mereka boleh terlibat secara langsung bersama agensi-agensi kerajaan yang lain, sekaligus matlamat kerajaan bagi mencapai 100,000 penyertaan yang akan membuat rondaan setiap hari dapat direalisasikan.

"Peluang untuk beramah mesra dan berinteraksi bersama masyarakat dapat dilakukan secara terus dan kerjasama ini mampu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi masyarakat," katanya.

Program Rondaan 1Malaysia akan diperluaskan secara berperingkat ke 80 kawasan lagi berbanding 10 kawasan sebelum ini dan pelancaran perluasan program berkenaan bermula hari ini di Kulai, Johor. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan