Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pas terus tersasar dari Islam

Posted:

Pas terus tersasar dari Islam

Oleh SAHBULAH DARWI dan OPAT RATTANACHOT
pengarang@utusan.com.my

GURUN 5 April - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas terus tersasar dari landasan Islam kerana sanggup bersubahat dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang moral dan etikanya dipersoalkan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas mendakwa kononnya memperjuangkan Islam namun hakikatnya mereka tidak mengamalkan ajaran agama suci itu.

Menurutnya, Pas bersubahat begini lebih teruk, bersubahat dengan parti yang rakyat tahu moral dan etikanya dipertikai serta dipersoalkan.

"Dalam Islam, kita dituntut agar mengelak dan menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan fitnah.

''Kalau ada begitu bermakna Pas sengaja, kerana muslihat politik dia sengaja ketepikan semua soal itu sebab dia fikir nak menang pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

PSC: Pembangkang tidak ikhlas

Posted:

PSC: Pembangkang tidak ikhlas

GURUN 5 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa hairan dan takjub terhadap tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang enggan menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya walhal mereka merupakan antara pihak yang membangkitkan perkara berkenaan sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan terbabit juga mencerminkan bahawa pemimpin parti pembangkang sebenarnya tidak ikhlas dalam melakukan proses penambahbaikan pilihan raya tetapi sekadar mahu mempolitikkan isu berkenaan.

"Saya hairan dan takjub macam mana pembangkang yang peringkat awal mengusulkan penubuhan PSC, mereka sokong lepas itu menyertai bersama yang lain pergi ke seluruh negara. Mereka bersama-sama mendengar pandagan beberapa pihak, dibincang dan kemudian dirumuskan kepada 22 perkara.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan