Selasa, 3 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


'Jom Masuk U' UiTM dapat sambutan

Posted:

'Jom Masuk U' UiTM dapat sambutan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


LEPASAN sekolah membuat permohonan aplikasi sambil mendengar penerangan daripada pensyarah dan kakitangan UiTM Cawangan Pahang sempena Ekspo 'Jom Masuk U' di institusi itu di Jengka, baru-baru ini.


MARAN 3 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang di sini menganjurkan Ekspo 'Jom Masuk U' selama dua hari baru-baru ini bagi membolehkan pelajar lepasan sekolah meninjau peluang pendidikan di institusi pengajian itu.

Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Samad berkata, ekspo berkenaan diadakan sebagai susulan daripada Karnival Pengajian Tinggi Negara yang diadakan mengikut zon-zon seluruh negara bermula Januari hingga Mac lalu.

Menurutnya, ia merupakan inisiatif pihaknya bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan pelajar di luar bandar serta tanah rancangan Felda melihat program pengajian yang ditawarkan oleh universiti tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Warga pelatih guru terharu kehadiran Sultan Ahmad Shah

Posted:

Warga pelatih guru terharu kehadiran Sultan Ahmad Shah


SULTAN Ahmad Shah beramah mesra dengan kanak-kanak prasekolah pada majlis sambutan Jubli Perak IPGKTAA di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 3 April - Keberangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke majlis Sambutan Jubli Perak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) di sini baru-baru ini mendapat sambutan meriah dalam kalangan warga institut berkenaan.

Baginda berkenan merasmikan sambutan itu yang turut diwarnai dengan pelbagai acara selain para penuntut dan pensyarah mempamerkan pakaian berwarna-warni, anggun dan menawan.

Pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda berbangga apabila institut tersebut menggunakan nama isterinya, Almarhum Tengku Ampuan Afzan sekali gus mengangkat martabat IPGKTAA sebagai pusat ilmu yang setaraf dengan institut pendidikan tinggi awam (IPTA) lain di negara ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

IASC tawar kursus kemahiran lepasan sekolah

Posted:

IASC tawar kursus kemahiran lepasan sekolah

KUANTAN 3 April - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tidak perlu berputus asa kerana Pusat Kemahiran Tinggi IKIP (IASC) di sini menawarkan bidang pengajian dalam bidang kemahiran.

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran IASC, Rosmawati Abdullah, institusi itu menyediakan pendidikan dalam bidang teknikal dan vokasional menerusi tujuh kursus kemahiran.

Katanya, kursus yang ditawarkan pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga tiga dan Diploma Kemahiran Malaysia serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ialah perhotelan, rekaan fesyen, automotif, perladangan, teknologi maklumat, elektrik dan kimpalan.

Tambahnya, syarat kemasukan ke IASC amat mudah iaitu terbuka kepada semua lepasan SPM dan warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan