Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Bekas askar ditahan tanam pokok ganja

Posted:

Bekas askar ditahan tanam pokok ganja


Tiga batang anak pokok ganja yang ditanam dalam baldi dirampas daripada seorang lelaki berketurunan Siam mualaf di Padang Besar, Perlis semalam. - UTUSAN/Faizal Abu hassan


PADANG BESAR 5 April - Hajat seorang bekas askar menggunakan pokok ganja yang ditanamnya sendiri tidak kesampaian apabila dia diberkas di rumahnya di Kampung Kubang Bemban, Kubang Tiga, Chuping di sini, semalam.

Suspek berketurunan Siam yang juga positif dadah jenis methamphetamine dan THC itu ditahan dalam serbuan polis hasil maklumat orang awam pukul 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, hasil pemeriksaan itu pihaknya menjumpai tiga anak pokok disyaki ganja berusia tiga bulan yang ditanam di dalam bekas baldi plastik.

"Polis turut menemui 0.3 gram daun kering disyaki ganja. Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sindiket penipuan terbesar tumpas

Posted:

Sindiket penipuan terbesar tumpas

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


TUN Hisan Tun Hamzah (dua dari kanan) memeriksa sebahagian daripada 144 warga Cina dan Taiwan yang menjadi pekerja sindiket penipuan Internet dan judi bola di kawasan perumahan elit Country Height, Kajang, semalam.


HULU LANGAT 5 April - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan Internet dan judi bola sepak antarabangsa yang mampu mengaut keuntungan lebih RM4 bilion setelah menyerbu enam buah banglo mewah di kawasan perumahan elit Country Height Kajang di sini hari ini.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 1.30 petang itu turut menahan seramai 144 warga asing dari China dan Taiwan, yang difahamkan sengaja 'direkrut' untuk menjalankan aktiviti penipuan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, antara mangsa sindiket yang baru beroperasi sebulan itu menetap di Macau, China, Taiwan dan beberapa negara Eropah antaranya Portugal.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan