Isnin, 2 April 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Aksesori punca kereta mudah terbakar

Posted:

Aksesori punca kereta mudah terbakar

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan sikap pemilik kereta yang gemar menambah aksesori seperti meletakkan lampu di bawah kenderaan serta mengubah suai sistem audio sebagai punca peningkatan kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini.

Ia berlaku apabila mereka menggunakan aksesori yang tidak berkualiti dan sistem pendawaian pula dilakukan oleh mereka yang tidak mahir hingga boleh menyebabkan berlaku kebakaran apabila barangan itu terdedah kepada haba.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pada tahun lalu, kebakaran kenderaan mencatatkan 276 kes berbanding 235 kes pada 2010.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pertandingan Larian Bersama Bomba 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Kuala Lumpur, Mohd. Tilmizi Mustapa dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan JBPM Kuala Lumpur, Azizan Ismail.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kereta anggota TLDM hangus

Posted:

Kereta anggota TLDM hangus


Sabri Osman (kanan) cuba menyelamatkan kelengkapan hantaran pertunangan adiknya selepas kereta yang dipandunya ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Baling terbakar di Jalan Lenggong-Gerik, berhampiran Kampung Tampan, Lenggong, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin


LENGGONG 2 April - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran majlis pertunangan adiknya nyaris maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Sabri Ishak, 29, dalam perjalanan dari rumah abangnya di Kuala Lumpur ke kampungnya di Kampung Batu 8, Baling, Kedah sebelum kereta tersebut tiba-tiba terbakar.

Sabri yang bertugas di Teluk Sepanggar, Sabah, berkata, sewaktu melalui pekan Lenggong, tiba-tiba kepulan asap keluar dari saluran penghawa dingin kereta.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan