Selasa, 3 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Safee lafaz cerai

Posted: 02 Apr 2012 03:19 PM PDT

SHAH ALAM: "Alhamdulillah, semuanya sudah selesai," kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.

Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya.

"Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini," katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.


"Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Kaki nyaris putus dilibas parang

Posted: 02 Apr 2012 03:19 PM PDT

IPOH: Seorang jurujual bukan saja berdepan saat mencemaskan akibat diserang dua lelaki bersenjata yang memecah masuk premisnya di Taman Pakatan Indah, petang kelmarin, malah kaki kirinya hampir putus akibat dilibas parang panjang.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Lee Kwee Fah, 57, dari Bandar Baru Pengkalan, di sini, dikejarkan ke hospital dan menerima 13 jahitan akibat tetakan itu.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama isteri, Wong Sew Chan, 50, sedang menutup kedai apabila dikejutkan dua lelaki bersenjatakan pisau dan parang panjang.

yang tiba-tiba muncul.


Katanya, ketika kejadian dia di belakang kedai apabila dikejutkan dengan jeritan isterinya lalu meluru ke hadapan kedai dan mendapati dua lelaki bersenjata sedang mengugut isterinya.


"Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan meminta mereka melepaskan isteri. Mereka melepaskannya sebelum dia keluar menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan.

"Saya mencapai kayu bagi mempertahankan diri kerana seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arah saya," katanya.


Menurutnya, dia merayu supaya penyamun berkenaan tidak mencederakannya, namun seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arahnya.

Lee cuba menahan serangan itu dengan kayu dipegangnya dan ketika pergelutan, kaki kirinya ditetak.


Dia rebah akibat tetakan itu dan terbaring di atas lantai kedai sambil menutup luka kaki kirinya.


"Pada masa sama, penyamun berkenaan menggeledah meja kaunter dan melarikan sejumlah wang tunai," katanya.


Sementara itu, Penyelia Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) cawangan Lahat Baru, Jimmy Liew berkata dia menerima panggilan daripada isteri mangsa kira-kira jam 7.15 petang lalu bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa anggota dan wakil Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan.


Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya terserempak dengan empat suspek yang cuba menaiki dua motosikal untuk melarikan diri.


"Beberapa anggota kami berjaya menghalang seorang daripada suspek yang cuba melarikan diri itu dan memberkasnya. Namun, tiga suspek lain berjaya melarikan diri dengan dua motosikal.


"Suspek berusia kira-kira 30-an itu di bawa ke Balai Polis Simpang Pulai," katanya.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan