Rabu, 4 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis patah rusuk kiri dirempuh motorsikal

Posted:

Polis patah rusuk kiri dirempuh motorsikal

Polis patah rusuk kiri dirempuh motorsikal

04/04/2012 7:07pm

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat koperal patah rusuk kiri dan cedera di dahi apabila dirempuh sebuah motosikal ketika sedang bertugas membuat sekatan jalan raya di Jalan Perindustrian, Jalan Jakar, Kemaman semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ketika mangsa, Koperal Jamaluddin Drawi, 51, bersama beberapa lagi anggota lain sedang sibuk menjalankan tugas.

Katanya, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman itu dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.

"Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh di atas jalan raya sebelum rakannya yang lain mengejarkan mangsa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

“Preve” nama model terbaharu Proton

Posted:

"Preve" nama model terbaharu Proton

"Preve" nama model terbaharu Proton

04/04/2012 8:05pm



Rupa model terbaru Proton, Preve yang digambarkan melalui entri terbaru blog funtastickodesign.wordpress.com. - Gambar ihsan funtastickodesign.wordpress.com


PUTRAJAYA - Proton Holdings Bhd. memilih "Preve" sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

"Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

"Oleh itu, kami memilih nama Preve (disebut Prae-vae), yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baharu itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata, Preve mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi. - BERNAMA

Lelaki terselamat kereta terjunam ke Selat Tebrau

Posted:

Lelaki terselamat kereta terjunam ke Selat Tebrau

Lelaki terselamat kereta terjunam ke Selat Tebrau

04/04/2012 6:53pm

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki terselamat, sempat keluar dan berenang ke tebing apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam laut Selat Tebrau, berdekatan Tambak Johor, di sini, hari ini.

Mohd. Amin Miran, 31, dari Pekan Nenas, Pontian, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Kenderaan yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah bas lalu melanggar tembok konkrit sebelum terjunam ke dalam laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, M. Vijayan ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi dan menghantar pasukan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru termasuk tujuh anggota dari unit skuba.

Dua kren digunakan bagi mengangkat dan mengeluarkan kereta yang tenggelam kira-kira tiga meter ke dasar laut, katanya.

Vijayan berkata, operasi berkenaan memakan masa kira-kira dua jam. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan