Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Seksualiti Merdeka: Permohonan ditolak

Posted:

Seksualiti Merdeka: Permohonan ditolak

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mac - Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, gagal mendapatkan kebenaran bagi mengisytiharkan keputusan Timbalan Ketua Polis Negara berhubung pengharaman program itu, sebagai batal dan tidak sah.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan oleh lima ahli jawatankuasa program tersebut, selepas membenarkan bantahan Peguam Negara.

Pada 9 Disember 2011, mereka memfailkan permohonan tersebut antaranya bagi memohon perintah certiorari untuk membatalkan serta-merta keputusan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada malam 3 November tahun lalu.

Khalid pada tarikh tersebut telah mengisytiharkan pengharaman ke atas semua program dan acara Seksualiti Merdeka dan perkara itu disiasat mengikut Seksyen 27 A(1)(C) Akta Polis 1967 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Penjara 6 tahun, denda RM400,000

Posted:

Penjara 6 tahun, denda RM400,000

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 1 Mac - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro masing-masing dihukum penjara enam tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hukuman dijatuhkan selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama lapan tahun lagi jika gagal menjelaskan denda.

Abdul Rahman, 47, dan Rosli, 44, dihukum penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun bagi setiap lapan pertuduhan yang dihadapi.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara serentak.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan