Harian Metro: Setempat |
Posted: 29 Feb 2012 10:57 AM PST SHAH ALAM: Polis menemui mayat seorang lelaki tertiarap dengan beberapa kesan kelar di leher di kawasan pembakaran sampah berhampiran ladang ternakan lembu di Seksyen U9, di sini, pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, mayat itu ditemui seorang pekerja ladang ternakan lembu jam 10.40 pagi sebelum melaporkan kepada polis.
"Terdapat beberapa kesan kelar di kiri dan kanan leher mayat dipercayai dikelar dengan senjata tajam.
Mazlan berkata, mayat lelaki itu ditemui berpakaian lengkap baju-T berjalur biru putih, berseluar pendek warna hitam dan berkaki ayam.
Menurut Mazlan, mangsa mungkin bukan warga tempatan kerana tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada lengan kirinya.
|
Dua pelajar China kekal dijel 20 tahun Posted: 29 Feb 2012 10:53 AM PST PUTRAJAYA: Dua rakyat China masing-masing meringkuk dalam penjara selama 20 tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk mengetepikan hukuman itu bagi kesalahan mengurung serta menyebabkan kematian seorang pelajar kolej yang mayatnya disumbat dalam sebuah beg sebelum dibuang di tepi jalan di Damansara Jaya. Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menolak rayuan Liu Bing, 29, dan Li Meng, 30, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menambah jumlah hukuman penjara mereka.
Pada 22 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Liu Bing dan Li Meng masing-masing dipenjara enam tahun dan denda RM100,000 atau penjara setahun kerana mengurung Tan Choo Mia, 19, dan penjara 13 tahun kerana menyebabkan remaja lelaki itu mati.
Pada asalnya, Liu Bing dan Li Meng yang didakwa menculik dan membunuh Tan, mengaku tidak bersalah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan