Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Gesa pembangunan disegerakan

Posted:

Gesa pembangunan disegerakan

Gesa pembangunan disegerakan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my


Anggota polis terpaksa meleraikan penduduk setelah berlaku kekecohan semasa operasi merobohkan rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 3 April - Kira-kira 433 penduduk rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi, Pantai Dalam hari ini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan baki 34 penduduk yang cuba melengah-lengahkan projek pembangunan semula di kawasan tersebut.

Dalam demonstrasi yang berlangsung lebih satu jam di tapak perumahan lama itu, kira-kira 100 orang berkumpul membawa sepanduk sambil melaungkan Jangan tangguh-tangguh lagi, Sila roboh rumah saya dan Kami sudah lama tunggu.

Bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan dalam perhimpunan itu apabila pada masa sama 34 penduduk yang enggan berpindah turut mengadakan demontrasi di lokasi berhampiran.

Beberapa individu yang tidak berkaitan pembangunan di situ turut dilihat cuba mencetuskan keadaan huru hara.

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal pihak polis, penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Pengerusi Persatuan penduduknya, Ahmad Rahman, 66 berkata, tindakan 34 penduduk yang berdegil untuk berpindah walaupun telah menerima pampasan sebanyak RM73,000 melalui Akta Pengambilan Tanah serta tawaran rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diibarat 'racun' yang akan membantutkan usaha kerajaan membangunkan semula kawasan itu.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan dirayu agar menyegerakan pembangunan semula di situ.

Kata beliau, sekiranya pembangunan tertangguh lagi, penduduk bimbang pemaju sudah tidak berminat untuk membangunkan kawasan di situ.

"Mereka yang membantah, perlu bersyukur kerana pampasan telah diberi. Tapi kami yang memilih untuk mendapatkan rumah harus menunggu mereka berpindah dan barulah projek dapat dijalankan.

"Kami sudah hilang sabar dan sudah ramai penduduk yang bersetuju pindah telah meninggal dunia serta kempunan tinggal di rumah baru," katanya ketika ditemui selepas mengetuai bantahan di sini hari ini.

Seorang penduduk, Rahmah Bakar, 60, berharap agar pembangunan itu dapat disegerakan bagi membolehkan mereka masuk ke rumah baru.

"Saya sudah tidak sabar lagi kerana sudah terlalu lama menanti," ujarnya.

Turut berkongsi perasaan Norazzam Musa, 24,.

Katanya, dia berharap kerajaan lebih bersikap tegas dalam menangani isu ini bagi memberi keadilan kepada penduduk yang sudah bersetuju berpindah.

"Apa yang membuat kami tidak berpuas hati, sesi bantahan aman kami terganggu dengan kehadiran pihak tidak berkenaan dan cuba mempolitikan isu ini," katanya.

Tempoh pindah dilanjut hingga 10 April

Posted:

Tempoh pindah dilanjut hingga 10 April

Tempoh pindah dilanjut hingga 10 April

KUALA LUMPUR 3 April - Tempoh berpindah 34 penduduk rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi yang bermula semalam telah dilanjutkan hingga 10 April ini.

Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md. Ikhsan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, tempoh lanjutan tersebut dibuat selepas pertimbangan dan atas dasar kemanusiaan walaupun mereka sepatutnya mengosongkan tapak semalam.

Katanya, surat aku janji telah dibuat antara 34 penduduk tersebut dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang menyatakan persetujuan untuk berpindah sebelum tarikh itu.

"Tanah ini sudah menjadi milik kerajaan dan dengan adanya surat aku janji tersebut maka mereka sudah tidak boleh berdalih lagi.

"Jika selepas tarikh itu, penduduk masih enggan berpindah, maka kita akan mengambil langkah dengan memotong bekalan air dan elektrik ke rumah mereka," katanya.

Beliau berkata, hari ini pihaknya mengadakan operasi pemotongan bekalan air dan elektrik yang melibatkan unit-unit kosong di situ.

Mengulas mengenai dakwaan penduduk keengganan berpindah ke perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ditawarkan sebelum ini disebabkan tidak menerima kunci adalah tidak berasas.

"Senarai menunggu PPR kira-kira 20,000, namun keutamaan diberikan kepada mereka.

"Apa yang berlaku daripada 35 baki sebelum ini, hanya seorang yang telah mengambil kunci manakala selebihnya masih melengah-lengahkan," ujarnya.

Pengusiran belia secara terancang

Posted:

Pengusiran belia secara terancang

Pengusiran belia secara terancang

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KLANG 3 April - Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) membidas Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana mahu menaikkan kadar sewa premis sehingga 300 peratus yang disifatkan tindakan mengusir secara terancang Majlis Belia Selangor (MBS) dari Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini.

Pengerusi Serang, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan negeri itu adalah tidak wajar kerana menyekat usaha-usaha yang dilakukan MBS tersebut untuk memajukan belia di negeri Selangor selama ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya membantu kelab-kelab belia di bawah naungan MBS dan bukannya mengusir atau membiarkan mereka 'gulung tikar'.

''Tindakan kerajaan PKR menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) adalah tidak wajar kerana mengakibatkan perpecahan di kalangan belia.

''Sepatutnya golongan belia perlu bersatu di peringkat daerah tanpa ada isu-isu berkaitan politik," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis 'Santai Terang Malam BBQ bersama Orang Muda' di Taman Kampung Kuantan di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Zulkurnain Md. Roslan.

Menurut Budiman, kerajaan negeri sewajarnya memberikan dana khas kepada MBS untuk meneruskan aktiviti mereka, sekali gus dapat menampung kos kadar sewa kerana mereka merupakan badan induk gabungan belia-belia di seluruh Selangor.

Sementara itu, Azhari menyifatkan langkah menaikkan kadar sewa tersebut merupakan usaha terancang yang dilakukan kerajaan negeri untuk menafikan sumbangan MBS dalam menggerakkan program belia di seluruh negeri ini.

''MBS telah banyak berjasa dengan mewujudkan program yang baik untuk pembangunan sahsiah belia. Jadi tindakan menaikkan sewa pejabat MBS dilihat secara halus cuba memadamkan segala usaha MBS menunjangi kelab-kelab belia di negeri ini," ujarnya.

Laporan Utusan Malaysia sebelum ini menyebut pengurusan kompleks belia tersebut yang dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat dari RM1,900 sehingga RM5,280 iaitu 300 peratus.

Tindakan menaikkan sewa tersebut mendapat kritikan ramai pihak termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang pernah menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor dan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan