Isnin, 3 Jun 2013

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


ADUN Lintang janji khidmat terbaik

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@uusan.com.my

DZULKIFLY Harun (kiri) beramah mesra dengan para pengundi pada Majlis Kesyukuran di atas kemenangannya di Dewan Pusat Konvensyen Sungai Siput, Taman Tun Sanbanthan, Sungai Siput, Perak, malam kelmarin.

SUNGAI SIPUT 2 Jun - Memenangi satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sungai Siput menyemarakkan semangat wakil rakyat Lintang, Datuk Dzulkifli Harun untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.

Menurut Dzulkifli, beliau akan terus berusaha membangunkan kawasan berkenaan dengan pelbagai agenda pembangunan yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malah katanya, pembangunan yang merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi dan pendidikan itu meliputi semua kawasan termasuk di lokasi yang didominasi pembangkang.

"Walaupun DUN Lintang merupakan satu-satunya kerusi yang berjaya dipertahankan oleh Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Siput, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat kepada masyarakat kawasan ini.

"Malah dengan adanya kerjasama daripada pemimpin parti lain walaupun tidak memenangi kerusi, saya yakin mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sekali gus menepati janji kerajaan BN dalam membela penduduk pelbagai kaum di Parlimen ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 anjuran BN Sungai Siput di Pusat Konvensyen Sungai Siput, Taman Tun Sambanthan di sini malam semalam.

Yang turut hadir Naib Presiden MIC yang juga calon Parlimen Sungai Siput, Datuk S. K. Devamany; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas ADUN Lintang, Datuk Ahmad Fakeh Adam.

Dzulkifli berkata, walaupun terdapat kekecewaan dalam kalangan jentera parti ekoran gagal merampas kerusi Parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong, namun keadaan itu tidak akan dibiarkan berterusan.

"Tidak dinafikan kita kecewa dan patah hati kerana calon BN kalah di dua kawasan tersebut. Bagaimanapun saya berharap keadaan ini tidak lama kerana apa yang penting kita lakukan kerja dan penuhi segala janji kepada pengundi yang telah membantu kemenangan BN di DUN Lintang.

"Oleh itu, pada peringkat awal, saya akan berjumpa dengan pemimpin daripada parti komponen lain untuk mendapatkan maklum balas dalam mengetahui masalah-masalah yang dihadapi penduduk sebelum merangka sebarang penyelesaian untuk mereka," ujarnya.

Pemuzik Peru turut warnai Konsert Seni Diraja 2013

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

KANGAR 2 Jun - Konsert Seni Diraja 2013 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di sini malam tadi diserikan dengan persembahan artis tempatan dan luar negara.

Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat menyaksikan konsert yang berslogan 'Raja Ditaati, Rakyat Dirahmati, Negeri Disanjungi' itu yang berlangsung di Dewan 2020, Persiaran Wawasan Kangar.

Konsert anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu turut mengundang dua pemuzik ternama.

Mereka ialah Manuel Eliseo dari Peru manakala seorang lagi ialah rakyat Malaysia lulusan sebuah universiti muzik di Moscow, Rusia iaitu Kenneth Teh yang menunjukkan persembahan menghiburkan.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama menyaksikan konsert berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainai Mohamed dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.- BERNAMA

50 keluarga miskin terima manfaat Program Komuniti AmBank-MyKasih

Posted: 02 Jun 2013 11:23 AM PDT

PULAU PINANG 2 Jun - Sebanyak 50 keluarga miskin di kawasan Bayan Baru di sini menerima sumbangan bernilai RM104,000 menerusi Program Komuniti AmBank-MyKasih yang dilancarkan di negeri ini.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, ini merupakan kali kedua AmBank berusaha meringankan beban keluarga kurang berkemampuan di negeri ini.

Menurutnya, program selama setahun itu menyediakan sumbangan RM20 kepada setiap keluarga untuk tempoh seminggu bagi membantu mereka membiayai kos pembelian makanan harian dengan menunjukkan MyKad di kaunter.

"Kita bekerjasama dengan pasar raya besar Giant dalam program ini dan setiap keluarga boleh membeli barangan keperluan dapur seperti beras, gula, tepung, susu dan minyak masak dengan hanya menggunakan kredit yang sudah dimasukkan ke dalam MyKad mereka.

"Program seperti ini membantu kami berperanan secara berkesan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dari segi sosial untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

"Setiap minggu MyKad mereka akan dikreditkan dengan nilai RM20 dan RM80 untuk sebulan bagi tempoh selama setahun. Mereka hanya perlu membawa MyKad untuk membeli barangan keperluan berkenaan," katanya selepas majlis pelancaran Program Komuniti AmBank-MyKasih di pasar raya besar Giant Bayan Baru di sini.

Yang turut hadir Pengarah Yayasan MyKasih, Jeffrey Perera.

Menurut Azman lagi, AmBank telah memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi program itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan