Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


BR1M haram satu dakwaan jahat

Posted:

BR1M haram satu dakwaan jahat


MUHYIDDIN Yassin disambut ribuan penduduk setempat ketika hadir pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik, Kuala Terengganu, semalam. - BERNAMA


KUALA TERENGGANU 1 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pas yang memberi gambaran kononnya pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 oleh kerajaan Pusat adalah haram, sebagai satu dakwaan jahat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menganggap tindakan parti pembangkang itu sebagai membawa ajaran salah yang menyesatkan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik.

"Duit RM500 ini adalah duit kerajaan. Duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat yang diuruskan oleh kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan duit ini untuk rakyat. Duit rakyat diberi kepada rakyat, jadi hukumnya halallah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Putuskan hubungan dengan PKR

Posted:

Putuskan hubungan dengan PKR

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
utusankota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mac - Pas perlu bertindak tegas dengan memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika benar parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang yang mempertahankan keselamatan Israel.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berbeza dengan kerajaan, pemimpin parti pembangkang langsung tidak mempunyai satu pendirian yang jelas dan konsisten membela nasib rakyat Palestin akibat pembinasaan kejam oleh negara penjajah itu.

Katanya, surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel jelas membuktikan sokongan kerajaan terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah berubah sekali gus tidak mengiktiraf Israel.

''Apa yang kita kesal Anwar dan pemimpin Pas tidak ada ketetapan ini. Kenyataan Anwar mempertahankan keselamatan Israel cukup jelas.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan