Jumaat, 1 Julai 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


60% lepasan KPTM masuk IPT

Posted:

60% lepasan KPTM masuk IPT

60% lepasan KPTM masuk IPT

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar baru yang mendaftar di Poly-Tech Mara kampus cawangan Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 30 Jun - Lebih 60 penuntut lepasan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu telah melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda di beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan

Pengarahnya, Mohamed Saifuddin Hussin berkata, kebanyakan penuntut terbabit telah mengikuti pelbagai kursus peringkat diploma di KPTM termasuk program inkubator.

Beliau berkata, sebanyak 30 peratus lagi lepasan KPTM ditawarkan pekerjaan di beberapa buah syarikat sebaik sahaja mereka menamatkan kursus masing-masing.

"Sementara 10 peratus lagi terlibat dalam bidang keusahawanan setelah diberikan pelbagai pendedahan melalui program inkubator," katanya ketika ditemui pada Majlis Minggu Orientasi 400 Pelajar Baharu Program Homegrown Sesi 2011/2012, di sini kelmarin.

Menurut Mohamed Saifuddin, sehingga kini, KPTM Kota Bharu telah mengeluarkan kira-kira 6,000 graduan dalam pelbagai bidang peringkat diploma termasuk kejururawatan, agrotek dan pelancongan.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui melahirkan rasa bertuah kepada diberi peluang melanjutkan pengajian mereka di KPTM.

Seorang pelajar, Mod. Faris Shamsuri, 18, dari Pulau Langkawi, Kedah berkata, dia mengambil kursus pelancongan kerana berhasrat menceburi bidang berkenaan selepas tamat pengajian.

"Saya ingin mempromosikan negara ke peringkat antarabangsa," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri itu.

Farahliyana Zulkifli, 19, dari Kuala Lumpur pula menganggap beliau bertuah kerana berpeluang menuntut di KPTM Kota Bharu dalam bidang pelancongan dan berhasrat menceburi sektor berkenaan selepas tamat pengajian.

"Sektor pelancongan sebenarnya bidang yang sangat mencabar dan memerlukan kemahiran tinggi sekiranya kita ingin terlibat secara langsung dalam industri berkenaan," katanya.

Bagi Sri Natasha Syuhada Mukhtar, 18, dari Rantau Panjang pula berhasrat menjadi seorang ahli perniagaan dan peluang mengikuti bidang pengurusan perniagaan di KPTM akan membuka laluan kepadanya untuk memenuhi impian tersebut.

"Masa selama tiga tahun di sini (KPTM) akan saya gunakan untuk memperoleh sebanyak mungkin ilmu bagi mempersiapkan diri menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Matrade tumpu bangun produk tempatan

Posted:

Matrade tumpu bangun produk tempatan

Matrade tumpu bangun produk tempatan


SEBAHAGIAN peserta yang hadir semasa Program MATRADE bersama Usahawan dan Pengeksport di Primula Hotel, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 30 Jun - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan memberi tumpuan terhadap pembangunan produk tempatan yang dikenal pasti mendapat sambutan serta berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport Matrade, Datuk Zakaria Kamarudin berkata, antara produk tersebut adalah produk berasaskan laut, tekstil, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), minyak dan gas serta perkapalan.

Katanya, sasaran untuk setiap produk adalah berbeza dan pihaknya kini sedang berusaha menangani masalah utama yang dihadapi usahawan serta pengeksport Matrade iaitu kesukaran mengeluarkan dan membekalkan produk serta perkhidmatan dalam skala besar.

Tambah Zakaria, masalah lain yang turut membelenggu para usahawan serta pengeksport adalah keupayaan untuk menepati standard piawaian antarabangsa dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

"Justeru, Matrade kini sedang menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi tertentu termasuk Sirim QAS International, SME Bank, Exim Bank, Halal Development Corporation dan sebagainya bagi mengatasi kedua-dua masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program Matrade Bersama Usahawan dan Pengeksport di Primula Beach Hotel di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd. Yazid.

Dalam pada itu, Zakaria memberitahu, program Matrade Bersama Usahawan dan Pengeksport yang dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Katanya, program yang diadakan di Terengganu ini merupakan program keempat yang diadakan sepanjang tahun ini dan ia akan diteruskan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching selepas ini.

"Tujuan utama kita mengadakan program ini adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada para usahawan serta pengeksport berhubung maklumat yang berkaitan agar mereka lebih faham," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berharap agar syarikat yang belum berdaftar dengan Matrade supaya segera berbuat demikian.

Jelasnya, ia bagi membolehkan mereka mengetahui tentang program dan kemudahan yang disediakan oleh agensi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan terlibat himpunan Bersih

Posted:

Jangan terlibat himpunan Bersih

Jangan terlibat himpunan Bersih

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan kakitangan kerajaan negeri supaya tidak terlibat dengan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan tegas.

Menurut Ahmad, beliau sudah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah agar memastikan tindakan diambil terhadap mereka jika bersama dalam perhimpunan haram yang lebih terarah kepada mencetuskan huru-hara.

"Kerajaan tidak akan berkompromi. Kita ada syarat dan peraturan yang tertakluk di bawah perintah am pentadbiran awam yang perlu sentiasa menjaga nama baik perkhidmatan sebagai seorang kakitangan kerajaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu di Hotel Permai di sini, petang semalam.

Menteri Besar berkata, perhimpunan haram itu boleh mencetuskan suasana huru-hara kerana kegagalan mengawal emosi akan mengakibatkan mereka yang terlibat bertindak merosakkan harta benda awam serta mencederakan orang lain.

"Saya berseru kepada rakyat yang mencintai keamanan dinikmati selama ini agar menjauhi perhimpunan sedemikian yang hanya semata-mata untuk menguji kesabaran kerajaan dan menguji peraturan sedia ada.

"Usaha yang didalangi parti pembangkang mengandungi muslihat dan kehendak tertentu di luar batas perundangan dan mungkin juga ada pengaruh negara asing atau 'orang luar' yang ingin mengambil kesempatan," kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan