Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Limpahan cahaya di Bukit Tangga

Posted:

Limpahan cahaya di Bukit Tangga

Limpahan cahaya di Bukit Tangga

Oleh FARABI SHEIKH SAID ALJABRI
utusanN9@utusan.com.my


PEMANDU kenderaan kini boleh berasa lega apabila lampu jalan dipasang di sekitar kawasan Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.


JELEBU 27 Julai - Bukit Tangga bukan suatu nama asing bagi masyarakat di negeri ini apatah lagi buat warga penduduk sekitar daerah ini yang sering menggunakan laluan utama itu untuk berulang-alik ke Seremban serta kawasan sekitarnya.

Walaupun laluan utama ini telah dinaik taraf sejak 2006 namun ketiadaan lampu jalan di kawasan sekitarnya menyebabkan laluan ini dilihat merbahaya dan sering menjadi lokasi utama kemalangan maut di negeri ini.

Namun segala-galanya berubah apabila kerajaan negeri melalui Dasar Pencahayaan melaksanakan projek pencahayaan di lokasi ini agar ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melalui laluan itu malah ia sekaligus mengurangkan kadar kemalangan maut di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelaksanaan projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam memastikan semua kawasan yang bergelap dapat dicahayakan secara berperingkat.

Malah kata beliau, usahasama yang dilakukan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu sedikit sebanyak mampu melonjakkan kawasan sekitar daerah ini sebagai kawasan pelaburan baru selain merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

"Kita tidak mahu laluan ini bergelap dan kerana itulah kerajaan negeri melihat sudah tiba masanya untuk laluan ini diterangi dengan cahaya lampu bagi kemudahan orang ramai yang menggunakan laluan ini untuk ke Seremban dan kawasan sekitarnya.

"Malah pada masa yang sama, ia sekaligus membolehkan kadar kemalangan maut di sini dapat dikurangkan kerana sebelum ini banyak kes-kes kemalangan berlaku di lokasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Lampu Jalan Awam di Bukit Tangga Sempadan Jelebu-Seremban di Dataran Bukit Tangga dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin.

Mohamad juga menjelaskan, Dasar Pencahayaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri akan diteruskan secara berperingkat bagi membolehkan masyarakat menikmati keselesaan secara berpanjangan terutama bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Projek pencahayaan di seluruh negeri ini akan menelan belanja RM22 juta yang mana ia akan dilakukan secara berperingkat dan kita akan memberikan keutamaan di lokasi-lokasi yang dilihat amat memerlukan kemudahan ini," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RM560,000 pasang lampu jalan elak bahaya

Posted:

RM560,000 pasang lampu jalan elak bahaya

RM560,000 pasang lampu jalan elak bahaya

JELEBU 27 Julai - Kemudahan lampu jalan di sekitar kawasan Bukit Tangga merupakan satu kemudahan yang bermakna bukan sahaja bagi orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan, malah kepada masyarakat di sekitar kawasan Kuala Klawang dan daerah ini secara amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, sebelum ini ramai di kalangan masyarakat khususnya di Kuala Klawang mahu supaya lokasi itu dipasang lampu berikutan suasana gelap ketika waktu malam.

Malah, kata beliau, situasi itu bukan sahaja bakal mengundang bahaya kepada pengguna malah ia boleh mengakibatkan tragedi buruk berlaku melibatkan kemalangan maut di kawasan berkenaan.

"Oleh yang demikian kita telahpun meminta kerajaan negeri dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyediakan lampu jalan seperti mana yang diharapkan oleh masyarakat setempat khususnya di daerah ini.

"Kita bersyukur kerana perkhidmatan lampu jalan ini dapat disediakan dan ia merupakan satu kemudahan yang amat dihargai bukan sahaja di kawasan sekitar malah penduduk di daerah ini," katanya.

Yunus berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Lampu Jalan Awam di Bukit Tangga Sempadan Jelebu-Seremban di Dataran Bukit Tangga dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkhidmatan itu, Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang berkata, RM560,000 dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk menyiapkan projek pemasangan di laluan utama berkenaan.

Malah, katanya, 156 batang tiang lampu dipasang di lokasi berkenaan bagi membolehkan orang ramai khususnya di daerah ini dapat menggunakan laluan berkenaan terutamanya pada waktu malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kelong Serkam produk terbaru

Posted:

Kelong Serkam produk terbaru

Kelong Serkam produk terbaru

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Julai - Kelong memancing akan menjadi produk pelancongan terbaru yang akan dibangunkan di sepanjang pantai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad berkata, usaha tersebut dilihat mampu menjadikan Serkam sebagai kunjungan pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan untuk menarik minat kedatangan pelancong ke daerah ini.

"Memandangkan Serkam berdekatan kawasan pantai dan ia dilihat amat sesuai jika lebih banyak kelong memancing dibina bagi menjadikan daerah ini syurga memancing kepada kaki pancing," katanya kepada pemberita pada program Bersantai Sambil Memancing Bersama Warga Media di kelong Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, Jasin, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Bahrain Omar dan wakil dari Jabatan Perikanan negeri.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri berkata, setakat ini, sebanyak dua kelong memancing telah beroperasi diuruskan nelayan di situ.

Dua kelong itu, katanya, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaki pancing penduduk tempatan dan juga dari Kuala Lumpur, Johor serta Negeri Sembilan.

"Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan cuti umum banyak tempahan diterima," katanya.

Beliau berkata, cadangan untuk menambah beberapa lagi kelong memancing mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan dan LKIM negeri.

"Saya dimaklumkan LKIM menyediakan peruntukan untuk membangunkan kelong memancing, tetapi ia mesti dimohon melalui persatuan nelayan dan bukannya atas pemilikan individu," ujarnya.

Katanya, kelong memancing mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada nelayan di Serkam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan