Jumaat, 29 Julai 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

Posted:

Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

29/07/2011 9:02pm

KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.

"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock"," katanya.

Beliau berkata, anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bapa gilis anak perempuan

Posted:

Bapa gilis anak perempuan

Bapa gilis anak perempuan

29/07/2011 7:03pm

KOTA BAHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.

Beliau berkata, sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Program sarjana minyak dan gas di UMS

Posted:

Program sarjana minyak dan gas di UMS

Program sarjana minyak dan gas di UMS

29/07/2011 6:27pm

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakar sejarah sebagai universiti pertama di negara ini yang menyediakan program pengajian peringkat sarjana dalam jurusan minyak dan gas apabila ia dimulakan September ini.

Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS Prof Madya Dr Rosalam Sarbatly berkata kumpulan pertama pelajar bagi program itu akan dipilih dalam kalangan mereka yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik atau kimia.

"Empat elemen kejuruteraan ini selalunya menjadi kriteria bagi seseorang jurutera untuk diambil bekerja dalam industri minyak dan gas.

"Pelajar akan mengikuti kursus selama setahun, termasuk menjalani latihan perindustrian selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program itu di sini hari ini.

Rosalam berkata kursus baru itu menarik minat ramai termasuk pelajar kejuruteraan dari Indonesia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan