Khamis, 28 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pakatan Pembangkang pelawa Ku Li ganti Anwar di Parlimen

Posted: 28 Jul 2011 03:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menara berkembar di Kangar mula dibina November

Posted: 28 Jul 2011 03:05 AM PDT

Mutakhir

KANGAR: Projek menara berkembar yang bakal menjadi mercu tanda baru Kangar akan bermula pada November ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat.

Beliau berkata, menara 21 tingkat itu yang dibangunkan bersama MPK dan syarikat swasta akan menempatkan pejabat MPK selain berperanan sebagai pusat membeli-belah.

"Pejabat MPK sekarang akan dijadikan hotel bajet," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mengenai mengulas bazar Ramadan, Rosley berkata MPK menyediakan 806 tapak gerai untuk 596 peniaga membabitkan kawasan di Stadium Utama Kangar, Arau, Taman Kemajuan, Pauh, Padang Besar, Kuala Perlis dan Simpang Empat.

Katanya, MPK juga meluluskan permohonan daripada pihak swasta membabitkan 35 tapak di Mata Ayer, 40 di Mada Kayang, 70 di Seriab, 28 di Padang Katong serta masing-masing 20 tapak di Jalan Padang Behor dan Pasar Baru Sena.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan karaoke dan snuker di Perlis agar menghormati Ramadan.

Katanya, pengusaha beragama Islam diminta tidak beroperasi sementara bukan Islam pula ditegah menerima pengunjung beragama Islam. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan