Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Semua pejabat SPRM dilengkapi VIR

Posted:

Semua pejabat SPRM dilengkapi VIR

Semua pejabat SPRM dilengkapi VIR

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


PEGAWAI SPRM memberi penerangan kepada media sambil diperhatikan Mustafar Ali mengenai cara operasi bilik temu bual bervideo, di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA 26 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan semua pejabatnya dengan bilik temu bual bervideo (VIR) menjelang akhir tahun ini, bagi memastikan proses soal siasat dijalankan secara telus dan tanpa paksaan.

Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali berkata, sebanyak 36 buah VIR yang setiap satunya bernilai RM140,000 akan disediakan secara berperingkat di seluruh negara.

Beliau berkata, individu yang akan disoal di dalam VIR adalah termasuk orang kena tuduh, suspek dan juga saksi yang berkemungkinan belot.

"Pada masa ini SPRM hanya mempunyai enam VIR iaitu dua buah di ibu pejabat dan empat lagi di Perak, ia bagaimanapun akan diperluaskan ke semua pejabat menjelang akhir tahun ini.

"VIR ini dilengkapi dengan sistem visual dan audio canggih yang boleh merakam keadaan di dalam bilik secara jelas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, VIR tersebut turut dilengkapi dengan paparan skrin yang menunjukkan masa, tarikh dan suhu bilik sekali gus mengelakkan daripada kandungan dalam video rakaman diubah.

"SPRM akan menyediakan tiga salinan rakaman video di mana salinan pertama akan disimpan oleh SPRM, salinan kedua disimpan untuk kegunaan mahkamah manakala salinan ketiga akan diberi kepada individu yang ditemu bual," katanya.

Beliau berkata, SPRM buat masa ini telah memberi latihan kepada 56 pegawainya untuk mengendalikan temu bual di VIR.

"Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong telah memberi input dan membantu memberi latihan mengenai penggunaan VIR," katanya.

Sementara itu, Mustafar berkata, pegawai SPRM masih mempunyai semangat kerja yang tinggi selepas kontroversi kematian Teoh Beng Hock yang disahkan membunuh diri selepas disoal siasat secara agresif.

"Semangat pegawai sentiasa tinggi dan kita akan terus melaksanakan kerja secara bebas, telus dan profesional, apa yang telah berlaku akan dijadikan pengajaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SPRM mohon kuasa lantik pegawai, anggota bantuan

Posted:

SPRM mohon kuasa lantik pegawai, anggota bantuan

SPRM mohon kuasa lantik pegawai, anggota bantuan

KUALA LUMPUR 26 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berbincang dengan kerajaan untuk memohon kuasa bagi melantik anggota dan pegawai bantuan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, kuasa yang akan dipohon itu membolehkan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk melantik pegawai dan anggota bantuan seperti mana dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"SPRM kini sedang berusaha mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk membentuk pasukan bantuan seperti polis bantuan.

"Dengan adanya pasukan bantuan itu, mereka akan dapat membantu menyalurkan maklumat dan menjalankan siasatan jika jenayah rasuah berlaku dalam persekitaran kerja masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar Integriti Korporat oleh seramai lebih 500 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu pejabat TNB di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Presiden Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamed Noh.

Abu Kassim memberitahu, sebelum ini SPRM hanya meletakkan pegawai dan anggota SPRM di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi kerajaan lain.

Katanya, namun SPRM menghadapi cabaran kerana kekurangan anggota selain tidak dapat kerjasama baik untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, antara GLC yang menerima anggota SPRM untuk memantau integriti kakitangannya adalah TNB.

"Sebab itu, pada tahun lalu, seramai 20 orang pemberi rasuah telah ditahan hasil maklumat yang disalurkan kakitangan TNB. Bagi tahun ini pula, seramai 15 orang pemberi rasuah melibatkan suapan sebanyak RM124,000 berjaya ditahan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerjasama ATM-PDRM beri impak positif

Posted:

Kerjasama ATM-PDRM beri impak positif

Kerjasama ATM-PDRM beri impak positif

TELOK KEMANG 26 Julai - Latihan bersama yang diadakan antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) banyak memberi impak positif terhadap hubungan dan mutu perkhidmatan kedua-dua agensi keselamatan utama negara ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin (gambar) berkata, program ini merupakan salah satu kerjasama yang bersifat menang-menang selain menjalinkan hubungan baik antara dua pasukan berkenaan.

"Apa yang dapat kita lihat, program latihan bersama antara PDRM dan ATM mendapat reaksi positif. Dalam hal ini, kita tidak bercakap pasal 'win-lost' tapi 'win-win'. Bagi saya, kerjasama ini amat baik untuk negara," katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Pada raptai ini, seramai 984 orang konstabel polis dan 2,107 orang perajurit muda termasuk 194 perajurit muda wanita bakal menamatkan latihan asas mereka selama enam bulan.

Zulkifli memberitahu, dua lokasi ATM dipilih untuk menjadi lokasi latihan bersama iaitu Pusasda dan Pusat Latihan Rekrut (Pularek) KD Sultan Ismail di Tanjung Pengelih, Johor.

"Perbarisan tamat latihan di Pusasda pada Sabtu ini adalah perbarisan tamat latihan perdana yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini adalah satu sejarah di Malaysia dan juga di dunia.

"Ini membuktikan bahawa organisasi polis dan tentera adalah fleksibel dan boleh bekerjasama pada bila-bila masa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan