Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


IT percuma buat pelajar

Posted:

IT percuma buat pelajar

IT percuma buat pelajar

Oleh ALI MAHMOODutusanpahang@Utusan.com.my


Julita Aishah Abdul Latif (tengah) bersama para pelajar selepas merasmikan Pusat Bestari Muda Cawangan Raub di Kampung Pasir Bayam, Mukim Dong, Raub, baru-baru ini.


RAUB 30 Julai - Para pelajar di daerah ini diminta memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat (IT) secara percuma yang disediakan di Pusat Bestari Muda di sini.

Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latif berkata, pusat itu yang ditubuhkan di Kampung Pasir Bayam, Dong dekat sini, menyediakan segala kemudahan pembelajaran yang bertujuan meningkatkan minda dan kemahiran pelajar.

Beliau berkata, kebolehan menguasai IT dengan baik dan berkesan akan dapat membantu mereka mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran secara cepat.

"Dunia yang semakin mencabar memerlukan penguasaan IT yang cekap dan jika gagal menguasainya kita akan tercicir.

"Pembukaan pusat itu secara percuma, ia perlu dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai pelajar daerah ini yang celik IT dan berjaya dalam pelajaran," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat itu di kampung tersebut di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Pada majlis itu, Julita Aishah turut menyampaikan 1,000 beg galas kepada pelajar terpilih di Mukim Dong.

Pusat Bestari Muda itu adalah cawangan ketiga ditubuhkan selepas Kuantan dan Pekan hasil sumbangan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Menurut beliau, ibu-bapa perlu menggalakkan anak-anak belajar di pusat tersebut bagi membolehkan mereka mahir dan mampu menguasai IT.

Beliau berkata, 40 unit komputer disediakan di pusat berkenaan bagi manfaat para pelajar.

Sementara itu, Shahiruddin berkata, pembukaan pusat tersebut secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berpeleseran dan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak Kerdau disaran sertai Ankad

Posted:

Anak Kerdau disaran sertai Ankad

Anak Kerdau disaran sertai Ankad


Khairul Nizam Abdul Samad (barisan ketiga, tiga dari kiri) bersama guru dan pelajar di SK Paya Ara, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 30 Julai - Anak Jati Kerdau di sini, digalakkan menyertai Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Anak-anak Kerdau (Ankad) untuk bersama-sama mencurah bakti serta membangunkan kampung masing-masing.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Khairul Nizam Abdul Samad berkata, mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli boleh berbuat demikian dengan melayari laman sosial Facebook pertubuhan itu.

Katanya, setakat ini 420 orang sudah mendaftar dan berharap jumlah tersebut akan bertambah bagi membolehkan pertubuhan itu melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan khidmat sosial.

"Pertubuhan itu diwujudkan bagi memberi peluang untuk mereka mencurah bakti kepada masyarakat Kerdau kerana memiliki pelbagai ilmu serta kemahiran dalam bidang masing-masing. Bukan itu sahaja penduduk yang berhijrah boleh juga menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program motivasi kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi tiga sekolah rendah (SK) iaitu SK Kerdau, SK Paya Ara dan SK Paya Taram di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kuala Kerdau, Abdul Rahman Rashid.

Beliau menyeru golongan muda di kawasan itu menjadi ahli bagi membolehkan segala perancangan membangunkan Kerdau dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis, JPN cegah jenayah pelajar

Posted:

Polis, JPN cegah jenayah pelajar

Polis, JPN cegah jenayah pelajar

KUANTAN 30 Julai - Polis bersama Jabatan Pelajaran Negeri akan mempertingkatkan kerjasama bagi mengurangkan indeks jenayah rogol dan curi motosikal membabitkan pelajar di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, bagi tujuan itu, polis akan mengadakan lebih banyak program pencegahan jenayah termasuk pameran dan ceramah di sekolah.

"Polis berharap supaya institusi pengajian tinggi turut serta dengan membantu memberi nasihat, ceramah dan pengetahuan mengenai undang-undang serta implikasi melakukan jenayah," katanya di sini, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan