Jumaat, 1 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Tidak tunduk desakan Bersih

Posted:

Tidak tunduk desakan Bersih

Tidak tunduk desakan Bersih

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 10,000 masyarakat di sekitar pekan Inanam, Kota Kinabalu, semalam, ketika mengadakan tinjauan mesra 'walk about' sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sabah. – BERNAMA


SIPITANG 30 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.

"Jadi, mereka kena cetuskan sesuatu dan berharap akan berlaku sesuatu supaya boleh menuduh kerajaan zalim kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang 2011 dan Esplanad Sipitang di sini, hari ini.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.

"Kalau diikutkan UMNO mempunyai tiga juta ahli, tidak ditambah dengan ahli parti-parti komponen BN lain.

"Mereka ini hanya menunggu isyarat sahaja untuk turut turun membanjiri Kuala Lumpur. Tetapi ini bukan cara kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita mempunyai saluran terbaik lain," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan minimum sebanyak RM30 juta bagi membina Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang bagi menggantikan bangunan lama yang uzur.

Beliau juga meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2.7 juta bagi menggantikan bumbung esplanad yang lebih berkualiti bagi menggantikan bumbung lama yang rosak dan mudah diterbangkan angin apabila angin ribut.

Ditanya mengenai gurauannya semasa pertemuan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen BN Sabah semalam bahawa lawatannya itu merupakan yang kali terakhir sebelum pilihan raya umum, Najib berkata, semua pihak tidak perlu mengambilnya dengan serius.

Beliau berkata, sesuatu pilihan raya bukannya perkara senang kerana ia amat perlu dibuat pertimbangan yang semasak-masaknya sebelum keputusan dibuat.

"Ia hanya gurauan, apa yang saya tekankan semalam adalah supaya semua pihak menguatkan persiapan jentera masing-masing termasuk menyelesaikan segala masalah dalaman yang berlaku dalam bahagian.

"Saya juga mengingatkan para pemimpin supaya mengutamakan kepentingan parti melebihi keperluan agenda atau lebih tepat lagi mendahulukan rakyat dalam segala perkara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Pencegahan bukan untuk menakutkan rakyat'

Posted:

'Pencegahan bukan untuk menakutkan rakyat'

'Pencegahan bukan untuk menakutkan rakyat'

SIPITANG 30 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan polis menyoal individu yang dipercayai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Sambil menegaskan ia langsung tidak tergelincir daripada landasan demokrasi, beliau sebaliknya berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dipilih secara sah dalam pilihan raya dan diberikan mandat untuk menjaga keselamatan negara daripada menjadi kucar-kacir.

"Mandat yang diterima ialah untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara. Ini salah satu tanggungjawab kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Apa yang kita lakukan ialah melaksanakan amanah rakyat supaya tidak berlaku sesuatu kejadian yang boleh menjerumuskan negara kepada keadaan huru-hara, kehilangan dan kerosakan nyawa serta harta benda," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang 2011 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keperluan menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan haram itu, Najib menegaskan, ia terpulang kepada polis untuk melakukan yang terbaik demi keamanan dan ketenteraman awam.

"Ia terpulang sepenuhnya kepada polis untuk menimbangkan keadaannya kerana telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan negara," katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sebenarnya dalam sistem demokrasi yang diamalkan sekarang sudah mempunyai jaminan bahawa sesebuah kerajaan itu tidak boleh melampaui batas.

"Jika kerajaan BN melakukan sesuatu bersifat kejam dan zalim, maka rakyat akan bertindak dan mengajar kita. Dalam sistem ini kita tidak boleh langsung bersifat kuku besi kerana rakyat akan marah.

"Langkah pencegahan (halang demonstrasi jalanan) langsung tidak bermaksud kita jauh daripada amalan demokrasi kerana kerajaan akan tetap mengadakan pilihan raya dan ia sudah menjadi lumrah akan ada pihak yang menang dan kalah," katanya.

Tambah Najib, rakyat kena faham bahawa semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat dan langsung tidak bertujuan menzalimi serta membangkitkan kemarahan rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib umum peruntukan RM5.8 juta bagi projek jalan raya, rumah panjang

Posted:

Najib umum peruntukan RM5.8 juta bagi projek jalan raya, rumah panjang

Najib umum peruntukan RM5.8 juta bagi projek jalan raya, rumah panjang


NAJIB Tun Razak diiringi Musa Aman bersama suku kaum Murut yang berpakaian tradisi pada Program Juara Rakyat 1Malaysia di Kemabong, Tenom, Sabah, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri


TENOM 30 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM2.8 juta bagi menaik taraf jalan raya di Kemabong dekat sini dan pembinaan rumah panjang suku kaum Murut bernilai RM3 juta bagi menempatkan kraf tangan kaum itu.

Menurut Perdana Menteri, dua projek tersebut yang akan dilaksanakan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sangat penting dalam memberi keselesaan kepada penduduk setempat, selain memelihara khazanah kaum Murut.

Katanya, kelulusan segera itu dibuat selaras dengan iltizam kerajaan bagi memastikan pembangunan seimbang dapat dilakukan di Sabah seperti yang dikecapi oleh penduduk di Semenanjung.

"Kerajaan tidak pernah melupakan keperluan dan keselesaan masyarakat di desa, malah ia selaras dengan usaha kerajaan memastikan pembangunan seimbang dapat dilaksanakan di negara ini," katanya ketika berucap pada Program Juara Rakyat 1Malaysia di Kemabong di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Pada majlis tersebut, Najib turut berkesempatan bersarapan, minum kopi Tenom bersama pemimpin masyarakat dan orang ramai, selain meninjau pertandingan rumah tradisional kaum Murut.

Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam tempoh satu setengah tahun pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), rekod pembangunan kawasan luar bandar bagi menaik taraf jalan raya, penyediaan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik serta pembinaan rumah kos rendah adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan