Rabu, 27 Julai 2011

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Rais anggap pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang tahun ini unik

Posted: 27 Jul 2011 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelancaran kempen Kibarkan Jalur Gemilang tahun ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianggap unik kerana ia melibatkan pemimpin pergi ke tempat tumpuan awam yang berbeza dari sebelum ini apabila rakyat dibawa ke lokasi sambutan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pelancaran kempen itu di stesen KL Sentral di sini adalah istimewa kerana melibatkan pemimpin tertinggi negara bersama rakyat.

Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran kempen itu, beliau berharap rakyat tidak lupa kepada amanat Najib dalam ucapan pelancaran itu bahawa kesejahteraan yang dicapai melalui transformasi akan mensejahterakan suasana dalam negara.

"Kerajaan yang beliau pimpin kini telah membawa kita ke tahap kemajuan, satu demi satu, sehingga gagasan 1Malaysia itu bererti kepada setiap insan yang menjadi warganegara Malaysia dapat bersama berasa megah dan bangga tidak kira apa pegangan politik, agama ataupun kebudayaan masing-masing," katanya.


Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 tahun ini, Rais berkata, 244 program jalinan dirancang untuk diadakan di negeri-negeri menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Taktik baru curi kelapa sawit untuk beli dadah

Posted: 27 Jul 2011 03:43 AM PDT

KEMAMAN: Polis mengesan taktik terbaru yang digunakan oleh penagih dadah termasuk remaja bawah umur untuk membiayai tabiat menagih dadah mereka iaitu dengan mencuri buah kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata, penagih akan mencuri buah kelapa dari ladang di Felda Cheneh di sini dan menjual untuk mendapat keuntungan sejak empat bulan lepas.

Beliau berkata penagih terbabit mencuri buah-buahan sedikit demi sedikit untuk menipu pekerja ladang, pada mulanya pekerja ladang tidak menyedari kehilangan buah-buahan itu tetapi taktik itu akhirnya terbongkar disebabkan ketamakan penagih untuk mengaut keuntungan yang banyak.

"Kami percaya mereka yang mencuri buah kelapa sawit dan menjual kepada kilang-kilang berhampiran, menyebabkan ladang-ladang mengalami kerugian beribu-ribu ringgit," katanya.


Abdullah Sani berkata bertindak atas aduan oleh pekerja-pekerja, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kemaman menyerbu beberapa sarang penagihan dadah kira-kira jam 12 tengah malam semalam. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen