Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Waspada denggi di Telipot

Posted:

Waspada denggi di Telipot

Waspada denggi di Telipot

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Julai – Penduduk sekitar Telipot dekat sini, diminta berwaspada dan melakukan kerja-kerja pembersihan premis kediaman masing-masing bagi mengelak berulangnya kes wabak denggi.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, tahun lalu Telipot dikategorikan sebagai kawasan red spot selepas wabak berlaku dalam tempoh lebih sebulan.

Beliau berkata, kejadian sama tidak mustahil berlaku sekali lagi sekiranya penduduk mengambil mudah aspek penjagaan kebersihan dengan membiarkan air bertakung terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang.

"Penduduk jangan hanya membuat pembersihan kawasan kediaman apabila ada wabak. Sepatutnya, mereka menjadikan kerja-kerja membersihkan kediaman sebagai satu tabiat dengan memperuntukan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas operasi penyemburan asap mencegah nyamuk aedes yang dilancarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di perumahan sekitar belakang Jalan Asrama Zainab dekat sini, lewat petang semalam yang dikenal pasti telah mencatatkan kes demam denggi.

Menurut Wan Mansor, selain sikap penduduk yang masih tidak mengambil berat aspek penjagaan kebersihan premis kediaman, pihaknya juga berdepan masalah kewujudan rumah-rumah kosong yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata, kerja-kerja penyemburan asap yang dilakukan oleh jabatan hanyalah penyelesaian jangka pendek bagi mencegah penularan nyamuk aedes di premis-premis kediaman.

"Penyelesaian berkekalan ialah sikap penduduk yang sentiasa menjaga kebersihan persekitaran rumah dengan memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Secara umum, kes menurun berbanding tahun lalu, tetapi kita tidak boleh berhenti, tambahan pula musim hujan dan panas sekarang memudahkan nyamuk membiak," katanya.

Wan Mansor turut melahirkan kebimbangan sekiranya senario itu tidak berubah, berkemungkinan kes denggi 'boleh meletup' apabila rakyat Kelantan di perantauan pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang Hari Raya akan datang.

Tahun lalu, Kelantan mencatatkan 3,578 kes denggi membabitkan 11 kematian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tengku Mahkota Kelantan agih mesin hemodialisis

Posted:

Tengku Mahkota Kelantan agih mesin hemodialisis

Tengku Mahkota Kelantan agih mesin hemodialisis


Tengku Muhammad Fa-iz Petra (tiga dari kanan) menyerahkan mesin hemodialisis kepada hospital-hospital kerajaan d Kolej Kejururawatan di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 29 Julai - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mencemar duli berangkat ke majlis Pengurniaan Mesin Hemodialisis di Kolej Kejururawatan di sini, semalam.

Baginda telah menyerahkan sembilan mesin tersebut yang bernilai RM400,000 kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Che Will Awang yang mewakili hospital-hospital kerajaan di sini.

Che Will dalam ucapannya berkata, sumbangan tersebut merupakan kesinambungan bantuan mesin hemodialisis yang diserahkan oleh MAIK kepada pihak hospital kerajaan pada 2007 dan 2008 sebanyak tujuh buah bernilai RM311,000.

Katanya berdasarkan rekod, jumlah pesakit buah pinggang di negeri ini meningkat sebanyak enam kali ganda dalam tempoh sembilan tahun.

"Pada 2001, pesakit buah pinggang seramai 165 orang dan meningkat kepada 739 orang pada tahun lalu. Disebabkan kekurangan pusat rawatan hemodialisis di negeri ini, kadar purata keupayaan perawatan pesakit baru buah pinggang adalah rendah iaitu 83 orang bagi sejuta penduduk berbanding purata kebangsaan 160 orang untuk nisbah yang sama.

"Melalui sumbangan yang disampaikan hari ini diharap memberi peluang kepada lebih ramai lagi pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan terutama di kalangan senarai menunggu akan mendapat rawatan," katanya.

Menurutnya, tahun lalu terdapat hanya 21 buah pusat rawatan hemodialisis di negeri ini dengan jumlah mesin 88 buah yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan di hospital-hospital daerah.

Selain itu, 62 buah dikendali oleh pihak swasta manakala 24 lagi diurus pertubuhan bukan kerajaan.

"Selain sumbangan mesin hemodialisis, MAIK juga merupakan penyumbang agihan zakat kepada pihak hospital sebanyak RM792,000 yang melibatkan 391 pesakit.

"MAIK juga telah menyampaikan bantuan RM269,565 kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II melalui projek khas bantuan rawatan perubatan kanta mata sejak dimulakan pada 2004 hingga kini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis dekati remaja ajak banteras jenayah

Posted:

Polis dekati remaja ajak banteras jenayah

Polis dekati remaja ajak banteras jenayah


Mazlan Lazim (kanan) bersalam dengan peserta tarik tali sempena Program Polis Bersama Masyarakat di Kampung Sabak, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 29 Julai - Polis Kelantan akan mendekati remaja dan menjadikan mereka sumber maklumat dalam usaha membanteras dan mencegah jenayah di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis akan merancang pelbagai program bersesuaian untuk menarik dan memberi kesedaran kepada golongan ini tentang bahaya jenayah.

"Polis harap menerusi program sebegini kadar jenayah dapat terus dikurangkan dan kerjasama antara remaja juga dilihat penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Polis Bersama Masyarakat Sabak dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin.

Menurutnya, pendekatan tersebut diperkenalkan sebagai menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Bulan Cegah Jenayah di Melaka baru-baru ini yang bertemakan Remaja Bersatu Memerangi Jenayah.

Mazlan memberitahu, polis akan terus 'turun padang' dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat berhubung tanggungjawab pihak berkuasa serta peranan penduduk untuk membantu.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mencadangkan supaya penduduk di kawasan Sabak aktif dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kerana ia menutup ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

Sementara itu, Dali berkata, pihaknya menyambut baik program tersebut dan berharap ia dapat dijalankan lebih kerap bagi mendidik masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan