Rabu, 27 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Geng Boboi, Auni punah

Posted: 26 Jul 2011 11:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelicikan dua geng ragut diketuai Boboi dan Auni tumpas apabila kedua-dua mereka bersama tiga dan dua ahli geng masing-masing ditahan dalam serbuan berasingan pada 21 hingga 23 Julai lalu di rumah mereka di Hulu Klang, Gombak, Jinjang dan Pandan Indah.

Hasil serbuan polis merampas pelbagai barangan samun dianggarkan berjumlah RM70,000.


Kumpulan terbabit yang dianggotai tujuh lelaki berusia 20 hingga 24 tahun menyasarkan wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum mereka memecahkan cermin kereta menggunakan palam pencucuh yang diubah suai dan melarikan beg tangan diletakkan di tempat duduk penumpang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas sejak sebulan lalu bagi mengesan dan membanteras kegiatan samun didalangi suspek yang aktif menjalankan aktiviti mereka di Sentul, Gombak dan Lembah Klang.


Menurutnya, dengan tertangkapnya ketujuh-tujuh suspek, polis percaya dapat melumpuhkan dua geng samun di Sentul.


"Polis mengesan suspek pada 21 hingga 23 Julai lalu di Hulu Klang, Gombak, Jinjang dan Pandan Indah, sebelum menangkap semua suspek di kediaman masing-masing.

"Polis turut merampas lapan motosikal curi yang digunakan suspek untuk menyamun bersama barangan milik mangsa seperti 15 beg tangan, telefon bimbit, jam tangan dan kad pengeluaran wang automatik (ATM)," katanya.


Zakaria berkata, hasil ujian air kencing mendapati semua mereka positif syabu.

"Geng Boboi dianggotai empat orang manakala Geng Auni dianggotai tiga orang menyamun pengguna jalan raya sejak awal tahun ini dengan lebih 40 kes direkodkan dan daripada jumlah itu, 20 kes berlaku di Sentul.


"Kes terakhir kejadian samun berlaku minggu lalu di Segambut dengan melakukan modus operandi sama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Buang abu mayat ke sungai

Posted: 26 Jul 2011 11:12 AM PDT

SHAH ALAM: R Khatavarayan, tertuduh keempat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, didakwa ada memberitahu seorang pegawai penyiasat bahawa abu mayat mangsa dibuang ke Sungai Panchau, Banting.

Pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Cif Inspektor N Govindan, 45, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata maklumat itu diperoleh hasil temu bual dengan Khatavarayan ketika membuat siasatan pada 12 September 2010.

Selain itu, Govindan mendakwa tertuduh kedua dalam kes itu, T Thilaiyalagan yang juga rakan sekerja Khatavarayan memberitahunya mereka membuang kayu digunakan untuk membakar semua mangsa dan zink untuk melapik mayat di ladang sawit Sungai Arak, Banting.

Beliau berkata, perkara itu diberitahu sendiri oleh Khatavarayan, 31, dan Thilaiyalagan, 20. Kedua-dua lelaki itu juga membawa polis serta menunjukkan tempat barangan terbabit dibuang di beberapa lokasi di sekitar Banting, antara 12 dan 14 September tahun lalu.


Khatavarayan yang juga saksi pendakwaan ke-31 berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin pada hari ke-11 perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan pemandu jutawan itu, Kamaruddin Shamsuddin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen