Rabu, 27 Julai 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis buru suspek kes tembak

Posted:

Polis buru suspek kes tembak

Polis buru suspek kes tembak

27/07/2011 4:47pm

ALOR SETAR - Polis sedang mencari dua lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang penyelia syarikat perkhidmatan feri ke Langkawi yang ditembak mati malam Isnin lepas sebelum dirompak.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, polis belum mengenal pasti kedua-dua suspek itu tetapi percayai kejadian itu telah dirancang.

"Mangsa dipercayai ditembak satu das, kemudian suspek mengambil beg mangsa yang mengandungi RM12,500 wang hasil jualan tiket syarikat tempat dia bekerja dan menembak semula mangsa sehingga mati," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Empat maut dalam tiga nahas

Posted:

Empat maut dalam tiga nahas

Empat maut dalam tiga nahas

27/07/2011 4:06pm

IPOH - Empat terbunuh dalam tiga kemalangan di Manjung dan Hilir Perak membabitkan pemandu lori dan kelindan, penunggang dan pembonceng motosikal, semalam dan awal hari ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, dalam kejadian pertama seorang kelindan lori Yusman Ismail, 24, terbunuh, manakala pemandunya Mohd Azhar Khamis, 23, cedera parah selepas lori yang mereka naiki dengan muatan peralatan elektrik merempuh sebatang pokok di tepi jalan di km 1.5 Jalan Manjung-Segari.

Yusman yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Manjung, manakala Mohd Azhar yang dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata mereka sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Alor Setar.

Dalam kejadian lain di Km 19 Jalan Ayer Tawar-Manjung, seorang penunggang motosikal Samad Osman, 56, bersama pemboncengnya Jamaluddin Sulaiman ,46, terbunuh selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu dalam kejadian di Km 5.5 Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah, seorang pemandu lori Yong Chee Sei, 31, terbunuh selepas lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lain pada pukul 5.50 petang semalam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mati tertembak abang sendiri

Posted:

Mati tertembak abang sendiri

Mati tertembak abang sendiri

27/07/2011 3:04pm

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli terbunuh dipercayai terkena letupan daripada senjata buatan sendiri milik abangnya di Kampung Bangas, Kuala Sentul, dekat Maran semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasegaran berkata, sebelum kejadian kanak-kanak berusia 10 tahun itu keluar memburu bersama abangnya yang berumur 16 tahun.

"Apabila mereka sampai di rumah pada 7.45 malam, abang mangsa telah membersihkan senjata dengan cuba membuang bahan letupan dalam senjata itu tetapi senjata itu meletup dan terkena perut kanak-kanak perempuan itu yang meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Narenasegaran berkata, polis menahan abang dan ayah mangsa untuk siasatan lanjut. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan