Ahad, 31 Julai 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Umat Islam di Malaysia berpuasa esok

Posted:

Umat Islam di Malaysia berpuasa esok

Umat Islam di Malaysia berpuasa esok

31/07/2011 8:38pm

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kedai emas rugi RM30,000, dirompak 2 lelaki

Posted:

Kedai emas rugi RM30,000, dirompak 2 lelaki

Kedai emas rugi RM30,000, dirompak 2 lelaki

31/07/2011 8:33pm

KOTA BHARU – Sebuah kedai emas di Jalan Bazar Buluh Kubu dekat sini kerugian hampir RM30,000 selepas dirompak dua lelaki petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang selepas seorang suspek berjaya memperdaya jurujual kedai berkenaan sebelum melarikan sepuluh utas rantai emas.

Beliau berkata, sebelum itu, seorang suspek berumur lingkungan 30-an masuk ke kedai tersebut dan berpura-pura sebagai pelanggan yang ingin membeli rantai emas manakala seorang lagi menunggu di luar bersama sebuah motosikal.

"Selepas masuk ke kedai, tiga daripada enam jurujual di situ segera melayan suspek yang membuat pelbagai pertanyaan mengenai emas yang dijual.

"Tindakan suspek yang bertanya banyak soalan itu berjaya mengalih pandangan kesemua jurujual, dan ketika itu, suspek dengan pantas mengambil 10 utas rantai emas yang terletak dalam meja pameran kaca kedai itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Azham berkata, selepas mengambil rantai berkenaan, suspek kemudian bergegas ke tempat rakannya yang sedang menunggu di luar kedai dan segera melarikan diri dengan menaiki motosikal. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wanita warga Indonesia dibunuh kekasih

Posted:

Wanita warga Indonesia dibunuh kekasih

Wanita warga Indonesia dibunuh kekasih

31/07/2011 7:04pm

JOHOR BAHRU – Seorang warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ana dipercayai dibunuh oleh kekasihnya di rumah tempat mereka tinggal di Kampung Rumah 10, Plentong di sini hari ini.

Kekasihnya yang juga warga Indonesia yang dikenali sebagai Edy, 28, kemudiannya ditahan polis.

Menurut polis, wanita berusia 28 tahun itu ditemui mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh suspek.

Suspek bekerja sebagai juruelektrik.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila jiran-jiran mendengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong.

Mereka kemudiannya melihat lelaki itu sedang memukul mangsa, namun diberi amaran oleh suspek agar tidak masuk campur dalam urusan mereka.

Jiran-jiran kemudiannya menghubungi polis. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan