Jumaat, 29 Julai 2011

Berita Harian: Wilayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Wilayah


Langkah positif tangani krisis air

Posted: 28 Jul 2011 03:48 PM PDT

Wilayah

SHAH ALAM: Senario pembekalan dan permintaan air di Lembah Klang dengan kapasiti rizab pada tahap sangat rendah ketika ini berada dalam keadaan membimbangkan dan dikhuatiri boleh menyebabkan krisis air berlaku dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Datuk Lee Miang Koi, berkata ini ditambah kualiti sungai semakin merosot disebabkan pencemaran alam sekitar, sekali gus menyebabkan kekurangan sumber bekalan air dan kesan perubahan iklim terhadap sumber bekalan air.

Berikutan itu, katanya, satu memorandum hasil perbincangan meja bulat semalam membabitkan pihak berkepentingan dalam industri air akan diserahkan kepada kerajaan untuk memastikan langkah positif diambil bagi menangani masalah kekurangan bekalan air. "Projek Kerajaan Pusat bagi membekalkan sumber air tambahan sejumlah 320 juta liter sehari (JLH) hanya mampu menampung keperluan pengguna selama dua tahun.

"Keadaan ini bertambah kritikal apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 berkapasiti 1,130 JLH yang menjadi komponen utama bagi Projek Pemindahan Air dari Pahang ke Selangor tidak dapat dipastikan bila siap.

"Jadi, pasti kita menuju ke arah krisis air sebelum loji berkenaan siap," pada sidang media sebaik perbincangan meja bulat berakhir di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Perbincangan meja bulat itu disertai Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat; Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sumber Air, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Zubaidi Johar dan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu sebagai pengerusi perbincangan.
Miang Koi berkata, ketika ini kawasan sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Selatan Kuala Lumpur dan Klang sudah mula mengalami kekurangan bekalan air.

Sehubungan itu, katanya, 10 peratus kapasiti rizab tambahan diperlukan bagi menampung keperluan pengguna pada waktu puncak, selain mempercepatkan tempoh pemulihan selepas berlaku gangguan bekalan air.

Marimuthu pula berkata, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat perlu bekerjasama mengatasi situasi ini bagi mengelak krisis air menjadi lebih teruk seperti dialami selama enam bulan pada 1998.

Beliau mengingatkan pengguna untuk menjaga kebersihan sungai supaya ia bebas daripada pencemaran demi memastikan sumber air berterusan untuk generasi akan datang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPK arah tutup makanan

Posted: 28 Jul 2011 03:47 PM PDT

Wilayah

KUANTAN: Berkuat kuasa 1 Ramadan ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mewajibkan semua 1,431 peniaga bazar Ramadan menggunakan bekas makanan bertutup bagi meningkatkan aspek kebersihan.

Sebelum ini, ada di kalangan peniaga yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan makanan dengan membiarkannya terdedah kepada habuk dan lalat sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelanggan.

Malah, tinjauan dilakukan sendiri Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob di sebuah bazar Ramadan tahun lalu, mendapati aspek kebersihan tidak diutamakan sebahagian besar peniaga dan beliau sendiri turut mengesan terdapat lalat dalam bekas air minuman yang dijual. Ketua Bahagian Penjaja MPK, Mohammad Hamzan Ibrahim, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang enggan mematuhi syarat ditetapkan.

"Kita akan memberi amaran terlebih dulu sebelum menarik balik permit berniaga mengikut Undang-Undang Kecil Penyediaan dan Pengendalian Makanan MPK 1993 jika peniaga terus berdegil enggan menggunakan bekas makanan dan minuman bertutup.

"Pada masa sama, kita akan memastikan mereka mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk mempamerkan kad kesihatan, pemakaian apron dan penyediaan tong sampah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

MPK menyediakan 30 tapak gerai termasuk Beserah, Balok, Taman Tas, Sungai Isap, Cenderawasih dan Stadium Darul Makmur sepanjang bulan puasa.
Sementara itu, Zulkifli ketika ditemui berkata, peniaga yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan itu berdepan tindakan tegas.

Sementara itu, seorang peniaga air dan keropok, Roslan Mustapha, 45, menyambut baik saranan MPK yang mewajibkan peniaga menggunakan bekas makanan bertutup.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen