Sabtu, 30 Julai 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Kerajaan kaji kurang beban

Posted: 30 Jul 2011 02:55 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN dan  isteri melihat orang ramai memeriksa mata selepas pelancaran Karnival Kesihatan dan Program Doktor Turun Kampung di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.

MUHYIDDIN dan isteri melihat orang ramai memeriksa mata selepas pelancaran Karnival Kesihatan dan Program Doktor Turun Kampung di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.

Sistem setem untuk beli barang murah

PAGOH: Kerajaan akan mengkaji beberapa langkah bagi mengurangkan beban rakyat dalam mendepani kenaikan harga barang, termasuk kemungkinan memperkenalkan sistem setem untuk pembelian barangan dengan lebih murah atau menyediakan imbuhan tahunan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan diteliti Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang dipengerusikannya sebelum memutuskan langkah terbaik bagi tempoh jangka pendek dan panjang. "Sesetengah negara memberi setem digunakan untuk membeli barang yang secara tidak langsung dapat membantu rakyat, ada juga negara memberikan imbuhan tahunan. Apa juga cara, kita belum putuskan kerana jawatankuasa akan menelitinya.

"Contohnya (sekarang) kita memberi subsidi dalam bentuk kawalan harga yang ditanggung kerajaan. Sama ada kita beri bantuan lain, itu akan diteliti," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Turun Kampung di Kompleks Sukan Pagoh, di sini semalam.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Muhyiddin berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta berkaitan untuk mengumpul formula bagi membantu rakyat menghadapi kesan kenaikan harga barang.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan semalam melancarkan program kesihatan komuniti perintis, Doktor Turun Kampung bagi meningkat serta memantapkan perkhidmatan kesihatan penduduk luar bandar.

Program diilhamkan Muhyiddin itu membolehkan masyarakat luar bandar mendapat perkhidmatan kesihatan dengan mudah dan selesa, sekali gus memberi akses kepada kemudahan serta perkhidmatan kesihatan bukan konvensional.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, ketika melancarkan program perintis di Parlimen berkenaan berkata, Doktor Turun Kampung adalah pendekatan sentuhan hati untuk meningkatkan lagi usaha turun ke peringkat akar umbi bagi meninjau masalah rakyat dan seterusnya membolehkan penyaluran bantuan bagi meringankan beban mereka.

"Inisiatif ini bukan perkara baru, kerajaan mahu memastikan kebajikan masyarakat tanpa mengira kaum dan kawasan diberi perhatian dengan bantuan yang mereka perlukan, selain dapat mewujudkan kesedaran dan perubahan tingkah laku ke arah gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

"Program baru ini lebih fokus supaya rakyat tidak rasa terabai dan terlepas perhatian, selain memudahkan mereka mendapat manfaat," katanya yang turut menyumbang sebuah bas diubahsuai menjadi klinik pergigian bergerak kepada penduduk luar bandar di kawasan Pagoh.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nik Aziz diminta perjelas isu pelawa Ku Li

Posted: 30 Jul 2011 02:54 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, berkata Menteri Besar Kelantan itu juga perlu tampil memaklumkan kenapa usaha itu dilakukan tanpa pengetahuan Anwar sendiri.

"Kenapa ia dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apakah ada pihak tertentu dalam parti pembangkang itu yang pasti Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara. "Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memaklumkan kedudukan Anwar dalam perbicaraan kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada DAP dan PAS hingga menyebabkan mereka mencari calon Ketua Pembangkang lain," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan wujud usaha parti pembangkang untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu bagi menggantikan Anwar.

Zahrain mendakwa tindakan terdesak memilih Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan