Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pusat hiburan bertambah di Kedah

Posted:

Pusat hiburan bertambah di Kedah

Pusat hiburan bertambah di Kedah

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.

"Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.

"Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.

"Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.

"Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam reaksinya hari ini menafikan pusat-pusat hiburan serta rumah urut semakin banyak dibuka di negeri ini.

"Ada masa pula Mukhriz datang tengok. Kita tak bagi lesen pun untuk buka pusat hiburan dan rumah urut ini.

"Jika ada pun, mungkin pusat hiburan dan rumah urut tersebut beroperasi secara haram," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

Posted:

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

Pelajar Malaysia maut terjatuh kondo sempat minta wang daripada bapa

BATU PAHAT 27 Julai - "Arwah pernah meminta ayahnya memasukkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun untuk membayar yuran pengajian tetapi permintaannya itu tidak sempat ditunaikan".

Demikian kata seorang ahli keluarga kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Kyushu, Fukuoka, Jepun, Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Taman Perdana di sini yang ditemui mati di Pattaya, Thailand Sabtu lalu.

Menurut sebuah akhbar tempatan, empat hari sebelum penemuan mayat itu, keluarga arwah telah membuat laporan berhubung kehilangannya.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, bapa arwah mahu memasukkan wang yang diminta itu kelmarin, tetapi berita penemuan mayat arwah membatalkan hasrat tersebut.

Menurutnya, ibu arwah baru meninggal dua bulan lalu, manakala bapanya ialah seorang guru.

Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bakal menamatkan pengajiannya pada April tahun depan.

Suasana sepi menyelubungi kediaman arwah di sini, namun hampir kesemua ahli keluarga terdekat yang hadir menanti jenazah dibawa pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) enggan ditemu bual pemberita.

Menurut ahli keluarga itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Banang di sini, malam ini.

Akhbar pattayaone.net menyatakan siasatan Polis Thailand mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat 14, Kondominium Niran Grand di Soi Arunothai, Pattaya.

Turut dilaporkan, polis negara itu menemui pelbagai barangan peribadi milik mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di salah sebuah unit di aras sama.

Butiran yang tertera pada tiket itu menunjukkan mangsa sepatutnya pulang ke Malaysia sehari sebelum mayatnya ditemui.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan