Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

Posted:

Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

Nik Aziz ubah pendirian mengenai biometrik

KOTA BHARU 27 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihan raya.

Jika kelmarin beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu tetapi hari Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, sistem berkenaan amat meragukan.

Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan 'bersyarat', bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.

Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah lebih baik kaedah dakwat digunakan.

"Kebetulan semalam ada kenyataan keluar di Selangor tentang seramai 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.

"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam yang menolak penggunaan kaedah biometrik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan dalam sistem pilihan raya.

Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik sekiranya ia membawa kebaikan.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih baik kaedah dakwat kekal digunakan kerana ia boleh menyekat masalah pengundian bertindih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar

Posted:

Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar

Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar

KUALA LUMPUR 27 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menangguhkan perbicaraan kes liwatnya membuktikan helah licik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mengelak daripada membela diri di mahkamah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, helah itu termasuk mahu mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi yang sengaja dibuat untuk mengalih perhatian rakyat.

''Helah licik itu antara lain mahu menemu bual saksi sebelum beliau membela diri di mahkamah. Inilah tindakan Anwar untuk mengelak daripada membela diri.

''Beliau sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri. Ia jelas membuktikan Anwar semakin tersepit dan cuba mencari jalan supaya perbicaraan ditangguhkan.

''Percubaan tersebut juga sebagai taktik Anwar untuk meraih simpati rakyat. Ini menunjukkan Penasihat PKR itu semakin takut menghadapi kenyataan,'' katanya.

Beliau berkata demikian menerusi blognya, http://www.umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Syed Ali berkata, jika Anwar berani kerana benar, beliau tidak sepatutnya cemas untuk membela diri di mahkamah bersabit kes liwat yang dihadapinya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan berpuluh nama pemilih telah didaftar dalam satu alamat yang sama.

''Kejadian seperti itu dikatakan telah berlaku di kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang diwakili oleh Anwar.

''Bagaimanapun, apabila perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar, pembangkang menuduh UMNO yang melakukannya. Inilah muslihat jahat PKR dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya,'' tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan