Ahad, 31 Julai 2011

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tindakan tegas makan khalayak ramai

Posted:

Tindakan tegas makan khalayak ramai

Tindakan tegas makan khalayak ramai

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 30 Julai - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi amaran bahawa tindakan mahkamah akan dikenakan kepada umat Islam yang ditangkap kerana makan dan minum secara terbuka termasuk di kedai makan pada Ramadan ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, pada tahun ini, pihaknya akan membanteras kegiatan tersebut dengan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka sengaja makan pada waktu siang.

"Sebelum ini, kami hanya menahan dan membawa mereka yang ditangkap ke balai polis untuk membuat laporan dan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan selepas raya.

"Namun, pada tahun ini, kami akan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar dengan mengenakan tindakan mahkamah dengan segera," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, umat Islam seharusnya menghormati bulan puasa dengan tidak memakan di hadapan khalayak ramai.

"Sekiranya mereka ditahan, alasan makan disebabkan sakit perut atau sebagainya tidak lagi didengar pihak JHEAIK," katanya.

Katanya, pihaknya akan menjalankan operasi bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi membanteras perlakuan itu.

"Golongan peniaga juga dinasihatkan agar tidak bersubahat menjual makanan atau minuman seperti tahun sebelum ini yang menjualnya secara bungkus sama ada di dalam bonet kereta mahupun bawah pokok.

"Kita berharap mereka tidak mengulangi kegiatan ini walaupun berniaga di siang hari pada bulan Ramadan lebih menguntungkan daripada kebiasaannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ramadan tidak semeriah dulu - Salamah

Posted:

Ramadan tidak semeriah dulu - Salamah

Ramadan tidak semeriah dulu - Salamah


Salamah Saad (duduk) mencari barangan berharga selepas rumahnya hangus terbakar sambil diperhatikan Rokiah Hassan (kanan) di Kampung Baru Lubuk Gajah Luar, Mahang, Kulim, Kedah, baru-baru ini.


BANDAR BAHARU 30 Julai - Sambutan Ramadan tahun ini mungkin tidak semeriah sebelum ini buat seorang ibu tunggal, Salamah Saad di Kampung Baru Lubuk Gajah Luar, Mahang dekat sini.

Ini kerana warga emas berusia 63 tahun itu terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan keluarga hilang tempat berteduh selepas rumahnya musnah dalam kebakaran pada Sabtu lalu.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika dia bersama anak perempuan dan menantu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjaga cucu di Kajang, Selangor.

Menurut Salamah, semasa berada di lebuh raya, dia dihubungi jiran memaklumkan rumahnya terbakar.

"Saya kemudian mengarahkan menantu cepatkan perjalanan. Sebaik sahaja sampai, saya hampir pengsan melihat rumah saya musnah terbakar," katanya ketika dikunjungi Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu yang diketuai Datin Rokiah Hassan, kelmarin.

Salamiah berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana dua lagi anaknya iaitu Idris Ibrahim, 42, yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan Fadzillah, 30, terselamat kerana ketika kejadian mereka berada di rumah seorang lagi anaknya di Kulim.

"Saya dan anak kini terpaksa menumpang di rumah saudara untuk beberapa ketika," katanya.

Sehubungan itu, ibu tunggal tersebut berharap orang ramai atau agensi kerajaan dapat membantu membina sebuah baru di tapak asal berkenaan.

Sementara itu, Rokiah berkata, pihaknya menyampaikan bantuan awal berupa barang keperluan dapur dan makanan serta pakaian untuk keluarga Salamah.

"Selain itu, kita dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah akan menghulurkan bantuan sewajarnya serta menimbang membina rumah baru menerusi agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan bantu tukar hak milik strata

Posted:

Kerajaan bantu tukar hak milik strata

Kerajaan bantu tukar hak milik strata

IPOH 30 Julai - Kerajaan negeri sedia membantu 40 pengusaha kedai di Pusat Perniagaan Trade Parade Bercham di sini yang dihimpit masalah hak milik strata sejak 20 tahun lalu.

Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn berkata, masalah itu berlaku apabila konsep asal pembangunan pusat itu adalah sebagai sebuah pusat penjaja yang tidak memenuhi saiz kedai lot biasa.

"Buat masa ini sekiranya mereka ingin menjual lot perniagaan, masalah akan timbul kerana ia perlu melibatkan peniaga lain.

"Mereka juga terpaksa mengumpul wang sesama sendiri bagi membayar cukai tanah dan bil air memandangkan bekalan paip yang disambungkan adalah sama untuk kesemua lot perniagaan di sini," katanya selepas melawat lot pusat perniagaan yang dibangunkan sejak 1992 di sini, hari ini.

Ketika ini, pusat perniagaan tersebut didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat pemaju iaitu Central Heritage (M) Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Ko Youn berkata, dari segi cukai taksiran yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kesemua peniaga tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia dikeluarkan mengikut lot perniagaan masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengajukan perkara tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam masa terdekat ini.

"Saya masih ingat pada 2003, kerajaan negeri ada meluluskan kelonggaran berhubung isu kawasan rumah setinggan di Kampung Bahagia, Teluk Intan yang berdepan masalah strata seperti ini kerana ia telah lama didirikan iaitu sejak 1950-an.

"Kalau kita boleh guna pakai kelonggaran seumpama itu, saya rasa perkara ini mampu diselesaikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen