Rabu, 27 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


FELDA sedia peruntukan RM15.77 juta sempena Ramadan

Posted: 27 Jul 2011 03:49 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: FELDA memperuntukkan RM15.77 juta untuk pelbagai aktiviti sempena Ramadan dengan jumlah terbesar sebanyak RM12.3 juta bagi membaik pulih infrastruktur di 246 sekolah agama di tanah rancangan itu di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bertanggungjawab mengenai FELDA.

"Ini termasuk peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk 260 masjid dengan masing-masing menerima RM10,000 bagi menjalankan program sempena Ramadan," katanya semasa melancarkan program Pra Ramadan FELDA di sini, hari ini. Tahun lalu, setiap masjid hanya diperuntukkan RM3,000 untuk program sempena Ramadan.

Di bawah peruntukan itu, sebanyak RM540,000 dikhaskan untuk 54 kawasan Parlimen yang terletak di kawasan FELDA mengadakan program Ihya Ramadan dan RM330,000 pula untuk program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, program gotong-royong dan majlis meraikan bakal haji warga FELDA di setiap wilayah.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peruntukan RM2.6 juta kepada wakil masjid dari setiap wilayah FELDA.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM12.3 juta kepada 246 sekolah agama akan disampaikan sendiri oleh Najib kepada wakil sekolah agama tersebut di FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi Johor pada 14 Ogos ini. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nik Aziz nafi sokong sistem biometrik SPR

Posted: 27 Jul 2011 03:38 AM PDT

Mutakhir

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.

"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.

"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO kerajaan negeri di sini hari ini. Semalam, sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terbabit mengendalikan biometrik.

Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata PAS Pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan