Jumaat, 29 Julai 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'BN tak boleh tergelincir'

Posted: 29 Jul 2011 02:37 PM PDT

Nasional

NAJIB memotong pulut kuning sempena sambutan hari jadi  sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO  semalam.

NAJIB memotong pulut kuning sempena sambutan hari jadi sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam.

Parti kena terus bantu tangani masalah rakyat: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan komponen Barisan Nasional (BN) bahawa parti itu tidak boleh tergelincir daripada landasan perjuangan utamanya iaitu membantu menyelesaikan masalah rakyat jika parti itu mahu menjadi pilihan utama rakyat.

Perdana Menteri berkata, dalam persekitaran politik baru, BN perlu menjadi parti yang diyakini mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah rakyat supaya dapat menutup peluang pihak lain melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama daripada pihak pembangkang, BN adalah sebuah parti yang tetap utuh dan tidak goyah dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.

"Mereka (pembangkang) boleh buat apa saja tapi kita tidak akan lari daripada tanggungjawab membela nasib rakyat Malaysia. Apa yang penting kita amat serius dan komited.

"Daripada (isu) rumah, harga ayam dan keperluan lain, kita akan tetap memperjuangkannya demi kepentingan rakyat. Sebab itu BN, kalau kita tidak tergelincir daripada landasan ini, kita akan tetap menjadi pilihan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Program Pemilihan Rumah (HOPE) Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kira-kira 15,000 orang dijangka mengunjungi program itu yang berlangsung selama tiga hari berakhir esok. Pameran itu disertai 50 peserta terdiri daripada institusi kewangan, pemaju hartanah dan penasihat guaman.

Program itu menjadi platform membantu rakyat terutama golongan muda membeli rumah mampu milik di samping menggalakkan pemaju, pihak bank dan industri pembinaan turut menjayakan Skim Rumah Pertamaku.

Najib berkata, di bawah Model Politik Baru, badan politik termasuk sayap dalam BN perlu mengambil inisiatif mengadakan program yang dapat mendekati rakyat..

Katanya, mengikut cara konvensional, pada kebiasaannya, parti akan membuat usul atau ketetapan bagi meminta kementerian yang berkenaan atau kerajaan melaksanakan sesuatu program yang difikir patut dilakukan untuk mengatasi masalah rakyat.

"Dengan cara itu kita akan mendekatkan parti kita dengan rakyat, rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain. Rakyat boleh harapkan bahawa BN sebagai satu parti yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

"Inilah yang saya maksudkan Model Politik Baru, kita boleh melakukan apa saja asalkan hasilnya, rakyat dapat merasakan khidmat bakti kita untuk terus membela untung nasib rakyat," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Najib nafi setuju projek paip gas

Posted: 29 Jul 2011 02:36 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menafikan memberi persetujuan kepada sebuah syarikat tempatan melaksanakan projek paip gas trans-Asian sepanjang 8,000 kilometer yang menyalurkan bahan api itu dari Mersing, Johor ke tanah besar China.

Malah Perdana Menteri menegaskan pembinaan projek mega yang kosnya dilaporkan mencecah RM295 bilion itu tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikannya.

"Tidak. Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (projek paip gas trans-Asian)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, semalam. Najib mengulas mengenai dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Panelpoint Sdn Bhd, Che Nordin Ismail kelmarin bahawa pihaknya mendapat 'mandat bertulis' daripadanya untuk meneruskan pembinaan fasa pertama projek itu di Selatan Semenanjung.

Syarikat itu yang dikatakan bekerjasama dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Rochester Foundation dilaporkan akan membentuk konsortium bagi melaksanakan projek jaringan paip gas asli pertama di rantau ini yang menghubungkan paip gas di Mersing dengan kepulauan di utara Indonesia, Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam, Hong Kong sebelum disalurkan ke Guangzhou, China.

Ditanya mengenai khabar angin kerajaan akan menswastakan syarikat utiliti negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Najib berkata kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan